TEMAN2 3HERO

Khamis, 26 Februari 2009

KOLEKSI KESAYANGAN KU 3

MAJALAH KU




Sebenarnya mengumpul koleksi pelbagai majalah adalah hobi ku juga dari dulu.
Banyak faedah yang kita perolehi hasil pembacaan khusus kepada wanita2 yang telah bergelar isteri dan ibu.




KOLEKSI KESAYANGAN KU 2

NOVEL KU
Ini koleksi kesayangan ku yang no-2.
Himpunan novel dari pelbagai terbitan. Sebenarnya ada banyak lagi novel ku yang tiada di sini sebab kena pinjam oleh sepupu2 ku yang HANTU membaca juga..hehee
Kalau sudah mula baca novel, itu mata tahan sampai pagi tidak tidur. Mata pun bengkak2lah gara2 menangis kalau kena part yang sad..huhuhu. Kalau kena part yang lucu,naah..ketawalah juga tu macam babun bilang c LMike..
Kadang2 kalau saya balik kampung tu dan berkesempatan mengunjungi Perpustakaan Desa, naah..habislah abang saya c Brother Jomin saya kerjakan. Tapau novel kadang2 sampai 30 buah. Lepas habis baca kasi balik...Kalau tidak, c Brother tidak mau kasi pinjam lagi.
Bikin kunsur juga ini Novel ni kalau silap2 hari bulan. Sama juga dengan itu perfume..

NOTA: Membaca boleh mangajar kita untuk berkongsi rasa.

KOLEKSI KESAYANGAN KU 1

PERFUME KU
R (Classic & Urbane), Silky Girl(Forever Love), Avon(Far Away), Entre Nous, Eternity Dan Nina Ricci
Perfume di bawah ni hadiah My Hubby sempena Valentine Days. Terkezut my heart dapat
hadiah ni..Bestnya.Ada 8 wangian semua.
Perfume 1; Inspired by M, Mariah Carey
Perfume 2; Inspired by Lovely, Sarah Jessica Parker
Perfume 3; Inspired by Curious, Britney Spears
Perfume 4; Insired by Kate, Kate Moss
Perfume 5; Inspired by Show Times,Kylie Minoque
Perfume 6; Inspired by Paris Hilton, Paris Hilton
Perfume 7; Inspired by Black Pearl, Elizabeth Taylor
Perfume 8; Inspired by Glow, Jennifer Lopez

Perfume di bawah ni koleksi dari ENCHATEUR
Dari kiri; Wangian Romantic(Pink), Charming(Kuning), Alluring(Ungu), Desire(Oren) dan Enticing(Hijau)


TQ Surinit kerana posting mu membuka ruang idea padaku..Lain kali ko c kirim aku perfume dari sana ah.. Harap2 kalau jadi pergi KL 23 MAC ni,saya cari lagi perfume..hehee. Avon punya perfume pun bikin mati juga dia punya wangi o..Sudah cuci itu baju pun masih juga wangi.
Ada pernah satu kali saya pakai semua ini minyak wangi ni serentak..Lalat pun bingung o mau hidu mana satu..hahahaaa

CINTA

CINTA membawa pengertian yang cukup luas dan cukup besar pada setiap individu.
Masing2 punya pendapat dan pengertian tersendiri tentang cinta..
Bagi saya;
CINTA ITU SEPERTI SINARAN MATAHARI,
MENYINARI TANPA MENGHARAPKAN KEMBALI.
CINTA ITU SEPERTI SINARAN MATAHARI,
MENYINARI TANPA MENGIRA SIAPA YANG DISINARI.
CINTA ITU SEPERTI SINARAN MATAHARI,
TANPANYA LEBIH BAIK AKU MATI...

Ahad, 22 Februari 2009

BADMINTON

Fuuh!!!!...punya penat saya ni. Sejak jarang2 sudah turun main badminton ni, macam cepat pula saya penat o. Kurang sudah stamina saya. Apa lagi kalau lawan lelaki yang bukan alang2 kalau pukul bola, mimang ko kosirit bo kejar shuttle.

Saya mau cerita sikit pasal badminton ni dalam hidup saya. Saya belajar main badminton masa saya tahun 3 lagi. Terlampau minat main badminton, sanggup kena rotan oleh mama sebab momiansau sana kawalayan main badminton sama kawan2. Masa tu kami guna itu shuttle plastik..opopodos lah kalau kena smash bo. Saya elak2 saja mata saya yang kena smash tu obolou obo kalau kena smash..Okodou lagi tu kalau itu shuttle plastik. Tahan tukul bo malah boleh meredah angin.

Saya masuk tingkatan 1 tahun 1992 di SMK.Tandek. Saya ikut kejohanan badminton sekolah dalam acara perseorangan. Saya masuk final lawan pelajar tingkatan 4. C Rukimah Pandiwa saya punya lawan. Geng c Kanil ini sana Batition. Kalah bo saya tu kecil lagi saya masa tu. Tingkatan 1 VS Tingkatan 4 apa juga fight. Saya naib johan lagi diri tu pertandingan. Bangga juga sayalah sebab berjaya masuk final malah berlawan dengan senior. Gahnya nama kena umum sana perhimpunan sekolah masa penyampaian sijil dan hadiah. Sampai sekarang sijil itu saya simpan elok2.
Kami mewakili SMK.Tandek ke pertandingan badminton peringkat daerah dan saya kalah sama pemain SMK.Kota Marudu yang saya rasa begitu kuat pada masa itu. Saya tidak dapat mewakili daerah KM ke pertandingan peringkat PBU pada masa itu tetapi saya menyimpan azam untuk berlatih bersungguh2.
Sesungguhnya usaha yang gigih itu akan membuahkan hasil yang baik juga. Saya berlatih bersungguh2 dan akhirnya masa saya tingkatan 3 (tahun 1994), saya mewakili daerah Kota Marudu ke pertandingan badminton peringkat PBU berpusat di SMK.Mat Salleh Ranau. Tapi memang kuat2 o pemain dari Ranau dan Kota Belud. Mereka2 inilah yang menang dan mewakili PBU ke pertandingan peringkat negeri. Pun begitu, saya tetap menyimpan azam untuk beraksi pada kejohanan negeri dan akhirnya pada tahun 1995, saya mewakili PBU ke peringkat negeri tetapi dalam kategori double perempuan...Ahh..belasah ja la.Yang penting dapat menimba ilmu dan pengalaman. Partner saya masa tu dari Ranau. Saya lupa sudah nama dia tu tapi cukup fit o. Saya pula dulu2 main badminton pun pakai seluar panjang.Malu ba mau pakai seluar pendek. Panjang2 nogi tu bulu kaki.Bikin lamas betul.Lagi pun otolingan sama abang saya kalau pakai seluar pendek..nunu mangan mokirayou di bilang.Nawi oku too..hehehe. Tapi kalau sekarang, saya main pakai seluar pendek paras lutut. Kalau peringkat negeri sudah, payah o mau masuk suku akhir pun.Kuat2 yang dari Tambunan, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Itu saja yang menyelit kami punya player masa tu, dorang c N (anak Gui Brothers KB ). Saya ingat lagi kami dorang C Ojim (Krismazmel) adik c Kanil wakil KM ke PBU di Kudat. Kami main sana dewan SM.Pei Tsin. Yang lain, main sana Dewan PCS. Yuuu...best o masa tu kalau diingat balik. Saya pernah lagi main sana Dewan SRJK Chung Hua KB tahun 1995.
Sejak mendirikan rumahtangga, 7 tahun saya terberhenti bersukan.Nasib baik tidak olomu. Lepas anak bongsu saya sudah besar2 sikit, saya main badminton balik sampai sekarang. Kami ikut kejohanan Piala ADR P.168, Liga Komuniti dan ada juga friendly match dengan KB,Tamparuli, Pitas, KK dan agensi2 swasta. Pendek kata bersukan ni SANGAT baik untuk kesihatan tubuh..Awet muda bo.

Selain badminton, dulu2 saya juga menceburkan diri dalam olahraga dan acara padang(Rejam lembing dan lempar cakera).Paling2 pun sampai juga daerah bo saya kalau ini. Satu lagi, saya ni pun hantu bola sepak juga. Sekarang kalau ada pertandingan bola sepak wanita piala ADR, saya ikut tu.Ada team juga. Jangan main2 ah..striker bo..heheheee
**********************************
Tadi court kami mula jam 5 - 8. Dalam 8 orang ahli kumpulan, saya dan Margret ja perempuan. Kami main sana dewan SMK.Kota Marudu II. Puas hati main ba kalau lawan dengan orang yang kuat dan pandai buang bola.

Justeru..kepada kawan2, kalau ada masa terluang cubalah berjinak2 dengan sukan. Jogging sekali pun sejenis sukan juga.Asal ada bo.