TEMAN2 3HERO

Rabu, 1 April 2009

RATUKU

Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Ku bagaikan tak percaya
Apa yang telah pun ku rasa
Kau bagaikan oh permataku
Kau pun jua ratuku...
Engkaulah segalanya
Engkaulah hanya untuk diriku
Aku hanya untuk mu
itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupn surutnya laut..
Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akan ku abadikan segala memori
Kulewati waktu itu
Di dalam pelukan mu
Gugurnya pemisah diantara kita
Terbinanya...
Satu mercu tanda cinta yang setia
Meredahi masa meniti usia
Hingga keakhirnya ku abadi cinta
Dihati ini...
Dihati ini...
(Lagu ini begitu bermakna pada diriku..kenangan bersama kawan2 pada penghujung tahun 1996 di Aspuri SMK.Tandek..Tahun akhir sebagai pelajar di SMK.Tandek)

APRIL FOOLS


HAPPY APRIL FOOLS TO ALL BLOGGERS.
GRACIAS!!!!...

AKU & ARTIS ONE IN A MILLION


Pelajar2 OIAM yang lain tak sempat panggil sebab laju saja naik van khas mereka untuk pergi kelas terutamanya Esther. Amylea ni memang sangat friendly. Tomok malu2 sikit. Rizu juga sangat peramah. Yang pakai baju purple bertudung tu Kak Riena dari Penang.
Tak sangka pula saya stay satu hotel dengan artis2 ni.
Gambar ni sebenarnya saya ambil pada hari ketibaan saya di KL. Ngam2 diorang ni mahu pergi kelas.:)
All the best to you guys.

Selasa, 31 Mac 2009

PENINSULA RESIDENCE HOTEL KL






INILAH TEMPAT TINGGAL SAYA MASA DI KL.
MAKAN2 NOPO TO..HEHE
GAMBAR BILIK TIDUR YANG SATU SAYA TIDAK AMBIL. SAMA JUGA RUPA DENGAN BILIK TIDUR SAYA..



KISAH KU DI KL

Salam hormat dan berjumpa kembali teman2 semua..
Waduh...waduh..baru ada kesempatan saya mahu update blog saya kali ini.Ini pun curi2 masa saja ni padahal kerja masih berlambak. Balik saja dari KL, kerja taip menaip sudah menunggu. Di tambah lagi ada kawan minta jahit manik pada baju lagilah saya sibuk.Mahu lawat blog kawan2 pun langsung tiada peluang..Tanggungjawab pada SAM pun betul2 terabai.. Kemungkinan besar kesibukan saya ini akan berterusan sampai bulan 5..maklumlah pekerja sosial..hehehehee.

Oh ya..bercerita tentang kisah saya di KL, betul2 banyak ragamlah hidup di sana.
Walaupun hanya 5 hari di sana, macam sudah setahun saya rasa..Tak sabar sudah mau balik Kota Marudu yang aman damai..hehe.
Sampai airport, Kak Riena dari Penang sudah sedia menunggu di cafe. Macam orang kenamaan pula saya di jemput dengan menaiki kereta Honda Oddesey warna putih..Kak Riena memang cukup peramah walupun mereka kadang2 bingung dengan cara saya bercakap Melayu. Maklumlah kalau baku habis..hahahaaa..

Saya diberi tinggal di Peninsula Residence Hotel Jalan Semantan,Bukit Damansara. Hotel apartmen pula itu tempat saya tinggal.Bilik tidur ada 2 buah masing2 ada tv dan kamar mandi. Satu orang saya tinggal selama 5 hari di sana. Di tingkat 8 lagi tu.Kak Riena dan kuncu2nya tinggal di blok B hotel yang sama.Saya tidak juga takut tinggal sendiri sebab hotel itu sangat selamat. Mau naik lif pun kalau tiada kad scan yang hanya diberi kepada penghuni, jangan harap itu lif boleh bergerak.Pintu pun mesti scan kad.Orang luar yang ada hati mau masuk sesuka di sana jangan haraplah dapat masuk..bingung juga saya mula2 tu kejakunan gima. Tiada di KK bo begitu. Tidak taulah bo kalau Hotel Hyatt, Le Meredien dan Promenade.

Pergi Pusat Bandar KL kalau naik teksi RM15 o sewa. Nasib baik semua kena tanggung kecuali untuk membeli belah bo.Yang bestnya, hotel Peninsula ni tempat penggambaran siri cak-cak di astro ria..Selain itu hotel Peninsula ini juga tempat kediaman rasmi pelajar2 One In A Million (OIAM).Sepat juga saya bergambar dengan mereka.Mereka ingat saya ni artis dari Indonesia (Molowong)..
Pusat beli belah yang paling dekat dengan hotel ini ialah Mid Walley di Bangsar. Ada sekali saya pigi.Kalau sekitar2 hotel, langsung stiada kedai. Paling2 cafe hotel.Kalamas babanar. Pun begitu, tempat ini memang ada privacy.Tenang betul saya tinggal di sana. (SPECIAL THANKS TO KAK SHAHANIZA yang beri saya tempat tinggal yang begitu eksklusif).

TAPI...paling saya menderita masa di PWTC. Mati lagi tidak bo terlampau banyak orang. Susah betul mau dapat teksi.Paling sadis sakit kaki gara2 pakai kasut tinggi 3 1/2 inchi. Hahahaa. Tiada 3 jam saya berdiri tunggu teksi bo. Mau duduk pun tiada tempat duduk. Penuh orang. Jalan raya pun sesak. Masa inilah saya ternangis.Macam menyesal pigi KL pun ada bo. Selepas melalui masa sukar di PWTC, hari2 seterusnya saya lepak di The Mall saja sama abang saya c Jomin.Kami merayau sampai Sunway tempat abang saya c Juanon..hahahaaa.
Bersesak dalam LRT pun saya tercuba juga..hahahaa.
Apa pun, perjalanan saya ke KL baru2 ini begitu bermakna dan banyak mengajar saya untuk lebih survive pada masa2 akan datang.Kalau datang KL lain kalipun inda sudah saya sesat dan tak risau..:)

TAHNIAH kepada semua pucuk pimpinan UMNO yang baru dipilih. Semoga kepimpinan baru akan mampu mencorakkan arena politik negara dengan lebih mapan.