TEMAN2 3HERO

Rabu, 2 Disember 2009

3 HERO DI PESTA JAGUNG

3 Hero bersama Pegawai Daerah Pn.Luvita Koisun

Third hero with D.O

3 Hero with Ridah


3 Hero with BILI-BILI DO


Second & Third Hero with Stacy.


Third Hero with Marsha

Isnin, 28 September 2009

3 HERO WITH IBU DAN BAPA

INILAH WAJAH2 KAMI..
Macam biasa juga baa..

3 HERO BERAYA





Sabtu, 19 September 2009

SALAM AIDILFITRI


Bicara kadang2 tak terjaga, Janji kadang2 terabai, Hati kadang2 berprasangka, Sikap kadang2 menyakitkan...Hidup ini menjadi terlalu INDAH jika masih ada rasa maaf-bermaafan..SALAM AIDILFITRI untuk semua. TUHAN memberkati..



Khamis, 17 September 2009

GAMBAR IKAN KELI GERGASI PENGHUNI BARU TASIK KENYIR


Spesies ikan keli gergasi 'Mekong Giant Catfish' dari Laos akan dibiakkan di Tasik Kenyir tidak lama lagi, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Ikan yang boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram seekor itu bakal dilepaskan di tasik itu semasa pertandingan membabitkan sebuah persatuan memancing dari China mulai 2 hingga 6 Oktober ini.

Beliau berkata, spesies ikan lain antaranya toman dan lampam akan turut dilepaskan melalui peruntukan pertandingan yang berjumlah RM400,000.

"Kita mahu orang tahu di Tasik Kenyir ada banyak jenis ikan yang membolehkan mereka menjadikan tempat itu sebagai lokasi menarik untuk memancing," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini semalam.



Selasa, 25 Ogos 2009

ATASI TIDUR BERDENGKUR



BAGI mereka yang tidur berdengkur, eloklah mengamalkan minum segelas susu suam yang dicampurkan dengan serbuk badam. Amalkan selalu, dengan izin Tuhan, tiada lagi rungutan dari pasangan anda. Tidur anda pun akan lebih lena dan keesokan paginya anda akan berasa lebih cergas dan bersemangat apabila bangun dari tidur.

KEMBALIKAN KILAUAN EMAS



BARANG kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan kilauan emasnya, cuba ikuti petua ini. Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi dan rendamkan barang kemas berkenaan selama setengah jam. Selepas itu, keluarkan barang kemas itu dan berus dengan berus gigi yang terpakai. Barang kemas dari Perak juga boleh kita kembalikan kemilaunya denga cara ini.
Hasilnya barang kemas anda akan kelihatan baru.

UBAT TUMIT PECAH



ADA orang yang tidak tahan berjalan di atas permukaan kasar, bahagian tumitnya akan pecah-pecah. Petua yang paling mujarab ialah menggunakan buah mengkudu. Potong sedikit buah mengkudu yang sudah masak, gosokkan beberapa ketika pada bahagian tumit atau jari kaki yang pecah dan luka. Dengan izin Tuhan, ia akan segera sembuh. Selain baik untuk mengubati tumit pecah dan luka, buah mengkudu jugak elok disapukan pada kulit kaki yang bersisik.

MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL



PERAH sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolestrol tinggi. Kesannya akan dapat dirasai dalam kadar yang segera. Ia juga dapat menghilangkan pemebentukan selulit.

MUDAH TIDUR



RAMAI orang yang sukar hendak tidur malam disebabkan stres, badan terlalu penat dan cuaca panas. Setakat ini belum ada kaedah khusus untuk memebuatkan anda mudah tidur. Tetapi dengan mengamalkan beberapa petua orang dulu-dulu, mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Caranya ialah dengan minum air rendaman atau perahan ketumbar yang dicampurkan susu lembu asli beberapa jam sebelum masuk tidur. Ada juga yang mengamalkan meminum susu suam. Satu lagi caranya ialah makan bawang besar bersama yogurt/dadih putih, ia dikatakan mempercepatkan anda lena.

LIDAH BUAYA HILANGKAN PARUT



LENDIR daun lidah buaya bukan sahaja boleh menyejukkan kulit, tetapi berkhasiat menghilangkan parut luka atau kudis. Caranya, ambil sehelai daun lidah buaya, belah dua dan ambil lendirnya. Sapukan lendir itu pada bahagian tubuh yang berparut sebanyak dua kali sehari dan biarkan ia sehingga kering. Insya-Allah dalam tempoh dua minggu, anda dapat melihat kesannya.

MAKANAN CEPAT HADAM



RAMAI orang lebih suka makan buah-buahan selepas mengambil makanan yang berat. Dari segi kesihatan, cara ini tidak tepat. Cara yang paling tepat ialah makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan yang berat seperti nasi, mee, mihun, laksa dan sebagainya. Dengan cara ini perut anda mula memperoses buah-buahan dengan mudah dan melancarkan sistem penghadaman bekerja untuk memperoses makanan berat yang bakal masuk. Buah yang paling elok diambil sebelum makan nasi ialah buah tamar dan tembikai. Petua ini mengelakkan perut menjadi senak dan membuatkan anda cepat merasa kenyang.

KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING


DINDING yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.

DAUN PERIA UBATI KURAP


JIKA ada yang menderita penyakit kurap, ini ada petua mudah untuk mengubatinya. Ambil beberapa helai daun peria dan bersihkannya. kemudian ramas-ramaskannya dan gosokkannya pada badan atau kulit yang dijangkiti kurap. Lakukannya berulang-ulang kali, pasti hasilnya sangat memuaskan.

AIR KELAPA MUDA UBAT BATU KARANG




KEPADA mereka yang menghidap penyakit batu karang, kerap kali akan merasa sakit ketika membuang air kecil. Untuk mengatasinya, ambil sebijik kelapa muda. Tebuk lubang pada kelapa itu dan dicampurkan dengan sebiji telur ayam kampung. Minumlah air campuran itu terus dari kelapa. Jangan dituang ke dalam gelas. Insya-Allah sakit batu karang anda akan beransur sembuh.

PANDUAN PEMAKANAN SIHAT



Panduan pemakanan

Makanlah berjenis makanan dari setiap kumpulan mengikut kuantiti yang disarankan.

Nikmati Iebih makanan jenis kekacang dan bijiran.
Amalkan 2-3 sajian sayur-sayuran, ulam ulaman dan 2-3 sajian buah-buahan setiap hari.

Kurangkan masakan berlemak dan berminyak; Banyakkan masakan berebus dan berkukus.

Amalkan sajian kurang masin dan kurang manis.

Anak damit mendapat pemakanan yang terbaik dari susu ibu. Nikmati pemakanan seimbang disamping bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Pilih jenis makanan berikut

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini membekalkan vitamin, galian dan serabut yang mana adalah penting untuk kesihatan yang baik dan mengelakkan penyakit.

Sayur-sayuran
Makan dengan banyak, sekurang-kurangnya semangkuk atau lebih pada waktu makan tengahhari/malam.

Buah-buahan
Makan 2-3 jenis setiap hari (bersema kulit jika dapat dimakan) Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

Nasi dan bijiran
Makanan ini mengandungi vitamin, galian, serabut dan tenaga. Makanlah dengan sederhana setiap hari tapi elok memilih makanan yang banyak mengandungi serabut seperti beras merah, roti dan biskut mil penuh, amping bijiran dan ubi.

Ikan, daging dan hasil tenusu
Makanan ini mengandungi zat protein ianya penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Ikan, ayam, daging, kacang pis, kacang dahl, kacang soya makan satu hidangan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Telur dan hasil tenusu: 2-3 kali dalam seminggu. Susu : Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak sebaik baiknya meminum 3 gelas sehari. Kanak-kanak hendaklah minum 2 gelas setiap hari.

Lemak, garam dan gula
Bahan-bahan ini menambahkan kelazatan di dalam makanan tetapi gunakan sedikit sahaja dalam makanan dan minuman.Ingat selalu


1) Jangan meninggalkan sarapan pagi setiap hari.

2) Elakkan makanan ringan dan jika awda berkeinginan makan, pilih buah-buahan segar atau minuman tanpa gula.

3) Kurangkan garam, kicap atau sambal dalam masakan.
Jika berat badan anda berlebihan
Selain daripada mengamalkan cara permakanan sihat, awda perlu:

1) Elakkan gula, manisan, oren campur, minuman bergas dan kuih-muih.

2) Kurangkan makanan berlemak, berminyak atau bergoreng

3) Hadkan penggunaan mentega/marjerin.

4) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

5) Kurangkan memakan nasi, roti atau bijiran. Pilih jenis mil penuh.

6) Mengamalkan bersenam setiap hari.

Ahad, 23 Ogos 2009

SEKADAR CORETAN 2




Mengapa engkau hanya tertunduk didalam sepi
Dan membiarkan seluruh anganmu menghamili sunyi
Sedangkan penantian adalah indahnya kehidupan
Kerana setiap desah nafas kita adalah harapan

Mengapa senantiasa kau ukir pedih
Dalam luasnya linang hatimu
Sedangkan bulan masih menawarkan sejuta harapan
Maka yakinlah do’a - do’amu belumlah berakhir

Mengapa rindu itu harus menggores hatimu
Dan kau nanti waktu untuk kembali
Sedangkan cerita ini berjalan ke depan
Maka berhentilah mengeja rembulan
Namun melangkahlah dengan seluruh keyakinanmu

SEKADAR CORETAN


ada sepi yang merajut malam
saat detik-detik mulai tenggelam
dan penantian tertinggal dalam kelam

ada pedih terukir
untuk satu asa yang hadir
dalam sebait doa terakhir

ada rindu menggores hati
menanti waktu yang kembali
agar dapat kueja dengan pasti

Khamis, 20 Ogos 2009

3 HERO & NAZREY (RAIHAN)


Gambar ini diabadikan di Gerai UtaraFM Pitas.

SALAM RAMADHAN



SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA RAKAN2

Jumaat, 31 Julai 2009

3HERO FAMILY..





KATA PUJANGGA

"Gunung boleh kita cangkul jadi rata; kalau tiada cangkul kita pakai jentolak. Tetapi untuk membetulkan manusia, hendak menghilangkan sikap negatif dan mengubahnya menjadi positif, tidak semudah seperti hendak meratakan gunung."

Rabu, 29 Julai 2009

HAPPY BIRTHDAY MY 1ST HERO



HAPPY TO YOU MY 1ST HERO
( ELLNER AVNER )
29 JULAI 1999
Semoga anaku ku cayang akan terus bahagia dan berjaya dalam hidup..


Bila setiap kali menjelang hari ulang tahun anak saya ini, saya pasti akan teringat Arwah bapa yang meninggalkan kami semua pada tarikh yang sama iaitu pada 29 JULAI 2001.
Semoga roh bapa terus bersama mereka yang bertakwa.Amin.

Isnin, 27 Julai 2009

GAMBAR KENANGAN D'LOHAN RANAU




Gambar ini diabadikan ketika Program Jasamu diabadikan bersama Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi di Rest House Lohan, Ranau pada Sabtu yang lalu.
Disamping itu juga pelancaran UtaraFM, Radio Online Sabahan iaitu Radio Gabungan NGO Sabah yang turut dilancarkan oleh Pak Lah pada hari tersebut.
Macam mimpi ba jumpa Pak Lah...heee

Isnin, 20 Julai 2009

(ikan masin lumaan)

(sayur kacang panjang + sardin)

(ayam goreng)

Semua menu ni makanan kegemaran My3 hero.
Kalau sayur kacang panjang setakat 2 ikat ja, jangan haraplah kita nampak sisanya.
Campur lagi masakan rebus yang menjadi menu WAJIB My3hero, 2 cupak nasi saiz tin laichi tu pun nyaris2 habis kena tibai..hahaaa