TEMAN2 3HERO

Sabtu, 7 Februari 2009

BAJU PENGANTIN



Fuuhh!!...akhirnya siap juga saya pasang manik di baju pengantin kawan saya ni.
Ini saja yang sempat saya pasang.Labuci tidak cukup.So,simple2 ajalah kali ni.Hehehee
Kawan saya ni Nora Bt Mumin namanya.Tinggal di Kg.Bintasan Laut.Dia ada butik pengantin di Anjung Harmoni Pekan Kota Marudu.Nama butik dia 'PESONA PENGANTIN'.
Kepada sesiapa yang bakal berkahwin dan memerlukan khidmat perkahwinan, bolehlah datang ke butik ini.. solek menyolek pun boleh tahan juga kawan ni..

Ahad, 1 Februari 2009

KARYA MY HERO

Inilah hasil lukisan Hero Sulung saya ELLNER AVNER.. belum siap warna,saya sudah ambil gambar.Nanti bil da siap warna,saya upload lagi.

Karya di atas ni karya My Hero ke-2..siap ada nama lagi.


Selebihnya lukisan di bawah ni adalah lukisan hero sulung

Terus terang saya katakan bahawa selama ini saya dan suami tidak pernah beri tumpuan pada setiap lukisan yang anak2 kami lukis di rumah selepas mereka menyiapkan kerja2 sekolah...Ingatkan menconteng-conteng saja..bayangkan saja ba..Saya dan suami biar saja sehingga ketika saya mengemas bilik My3 Hero, saya ternampak lukisan2 mereka yang bermacam rupa disusun rapi di atas rak buku..Saya tidak percaya anak2 saya yang melukis.Jadi saya uji mereka dengan menyuruh mereka melukis mengikut imaginasi mereka sendiri dan inilah hasil lukisan mereka... Hero bongsu cepat2 kasi keronyok kertas lukisan dia bila dia nampak saya mau ambil gambar..malu konon..





MY3 HERO BERAKSI LAGI




Tak habis2 My3 Hero ni beraksi... Inilah 3 Hero saya ni.Citarasa terhadap sesuatu benda tetap sama..tidak banyak songeh.Memudahkan segala urusan yang sewaktu dengannya.
Ya,TUHAN..limpahkanlah keberkatanMU kepada anak2 ini dari sekarang sampai selamanya..
AMIN