TEMAN2 3HERO

Khamis, 15 Januari 2009

..?!..

Semalaman aku tidak melelapkan mata..perasaan mengantuk langsung tidak menggoda kelopak mataku malam tadi...Tapi idea untuk buat N3 langsung tidak jalan.Memang buntu habis.Jadi aku melewati beberapa blog untuk cuci mata sambil2 mencari idea "menyelam sambil minum air' la katakan, terjumpa pula blog my old fren 'Kay'.Happy sangat dapat jejak kasih walau dalam internet aja. Inilah kelebihan dunia teknologi..'yang jauh didekatkan,yang dekat dirapatkan'.


Bak kata Sang Kancil..sikap manusia ni memang sukar diramal.Ada saja pasang surutnya. Sulit untuk dimengertikan..namun saya percaya kehidupan sebagai manusialah merupakan kehidupan yang paling sempurna..cuma manusia saja yang tidak sempurna seperti mana sempurnanya kehidupan.


Bila jam sudah menunjukkan jam 4.30, aku mula mengemas dapur,cuci kain,menyediakan sarapan My3Hero...sampai sekarang jam 9am,inda juga tidur2..
Waduh2...kepala pun macam bingung2 sudah ni.

HEHEHEEEE...

Selasa, 13 Januari 2009

...PAYUNG OH PAYUNG...

Hai..selamat malam semua.Agak istimewa tajuk posting saya kali ni.Dalam suasana musim hujan awal2 tahun ni harga payung dan jaket hujan mesti naik harga..
Tengahari tadi kira2 jam 12.45,saya mengambil My3Hero di sekolah mereka.Hujan turun rintik2 namun masih mampu membasahi tubuh jika berada lama di bawah hujan.
Ada bermacam warna payung yang saya tengok tapi payung My3Hero juga yang menarik perhatian saya...Semua nampak kan payung apa? PAYUNG BN (mau tolong kempen di Terengganu ba) hehe...tiba2 terbit pula idea mau ambil gambar.Cepat2 saya keluarkan hp dan ambil gambar sebelum My Hero perasan..Tapi My Hero ke-2 Ethaniel ni pantas betul mata dia tengok saya.
Tengok saja lirikan matanya disebalik payung BN warna biru tu.

My 1st Hero pun pakai payung BN juga tapi tak sempat ambil gambar sebab dia keluar kelas jam 1.15. Ngam2 pula hujan turun lebat...Sempat tangkap gambar c Hero ke-2 dan ke-3 sajalah..:)

My 2nd Hero (ETHANIEL AVER)

My 3trd Hero (ELVER ELMER)

Saya sebenarnya bukan "SUKA2" mau bagi My3 Hero pakai payung ni ke sekolah semata2 mau tarik perhatian atau apa pun.Kebetulan ini saja payung yang saya ada,kenangan masa kempen PRU Ke-13 tahun lalu.Tiada pilihan lain,terpaksa bagi dorang pakai.Lagipun ini payung ba..Sekurang2nya orang nampak kita sokong KERAJAAN.Istimewa lambang BN pada payung itu...Lagi pun sayang duit kalau mau beli payung lain sedangkan ada payung PIRI (percuma) bilang Dusun Kimaragang..."JIMAT KOS" heheee

Isnin, 12 Januari 2009

..HERO KE-3 KETIKA SUKAN..

LIHATLAH AKSI2 HERO KE-3 SAYA KETIKA SUKAN PRA SEKOLAH TAHUN LALU..

Lepas makan tengahari...sempat juga My Hero tidur sementara menunggu acara Relay pada sebelah petang jam 2 pm.




My Hero dengan geng2 relay.

Kegembiraan Seorang Pemenang.

__________________________________________________________________




...HUJAN OH HUJAN!...

Pagi ini saya bangun jam 5.30 am..
Seperti biasa menyediakan sarapan untuk My3 Hero..Tepat jam 6 saya kejutkan My3 Hero untuk bersiap2 pergi ke sekolah.Aduui...hujan turun lagi.

Keadaan sesak di depan SKM.Kota Marudu.Jem betul jalan ni lebih2 lagi musim hujan begini, sejuk2 pun boleh berpeluh juga o..Kelihatan ada segelintir pelajar sekolah sanggup berhujan semata2 untuk menuntut ilmu.."Macam manalah kamu belajar kalau basah kuyup.." Hati kecilku berkata.
Jam sudah menunjukkan 6.40 am,keadaan sekeliling masih gelap ..Semua kenderaan memasang lampu untuk keselamatan.Saya menghantar My3 Hero kesekolah di SK.Kota Marudu II melalui jalan Korongkom...My3 hero pakai payung BN beb..hehehee. payung kenangan masa kempen PRU ke-13 tahun lalu.Berguna juga time2 hujan begini..

Oh ya..bercakap tentang hujan ni kan kalau terlampau hujan sudah tidak juga best o kan.. air pun jadi milo.Tinggal tambah gula.Terpaksa beli air mineral d kedai untuk minum.Kalau hujan turun lebat tak henti dan banjir..nah!memang air pun tiada tu.

Kan bagus kalau selang seli hujan dan panas..."Inilah ba kalau urang..aso piukakaban ka d omogun.Alasu nga komenon.dumarun nga lebih po.."
Namun sesungguhnya sesuatu kejadian alam ada hikmah disebaliknya..Percayalah.

"ASO MALIB KINORINGAN"

Ahad, 11 Januari 2009

ADA APA PADA TARIKH INI (29/07/2001)?

Hai semua...bertemu lagi dalam blog ini.Saya berfikir panjang untuk meletakkan tajuk terbaik untuk posting saya pada kali ini.Kiranya ini adalah tajuk paling baik yang saya ketengahkan.. harap2lah ah...

Tarikh 29072001 adalah tarikh keramat dalam hidup saya yang saya tidak boleh lupakan sampai akhir hayat saya.Mau tahu kenapa?Kerana tarikh ini adalah tarikh pemergian Ayah tersayang saya buat selama-lamanya..Arwah TUYUNDO BIN MANGGONG.
Dan yang paling menyanyat hati saya ialah pada tarikh ini juga merupakan hari ulang tahun ke-2 tahun Hero sulung saya ELLNER AVNER yang lahir pada 29/07/99.

Sesuatu yang saya tidak pernah jangkakan dalam hidup saya ialah pemergian arwah ayah yang begitu mengejut dan tidak disangka2...(Situasi yang sama dengan mendiang Bapa Si Little Mike).Cuma yang membezakannya ialah arwah ayah saya menghembuskan nafas terakhir tanpa sesiapa di sisi(Meninggal pada waktu subuh menurut Doktor).

Saya mau cerita sikit ah pasal kisah ni...Aina,air mata sudah bertakung dipelupuk mata saya sudah ni...
3 hari sebelum tarikh ini,saya ada bertemu dengan ayah.Dia datang rumah hantar daging kerbau.Saya dengan begitu gembira menyambut kedatangan ayah.Tidak lupa saya menjemputnya datang rumah untuk sambut hari jadi anak sulung saya,cucu ayah..saya masih ingat ayah jawab"o bo...".
Sekali tiba 29/07/2001,awal pagi riuh rendah...kami disajikan dengan berita "Ayah meninggal dunia"..hanya TUHAN yang tahu perasaan saya ketika itu.Saya hilang kekuatan. Saya dakap anak sulung saya erat2.Tak sangka sambutan birthdaynya adalah sambutan "pemergian" atuknya buat selamanya.."Happy birthday anakku..moga panjang umur" aku bermonolog dalam hati ku sambil mencium ubun2 anakku.."Pa,semoga kau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.."seru hati kecilku.

Sehingga sekarang sudah 9 tahun ayah pergi..kami meraihkan dua sambutan sekali gus pada tarikh 29/07 setiap tahun iaitu sambutan ULANG TAHUN KELAHIRAN cucu & ULANGTAHUN KEMATIAN atuk.


Salam manis semua..

NOTA: Kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam,tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya ah..THANKS VERY MUCH.