TEMAN2 3HERO

Sabtu, 19 September 2009

SALAM AIDILFITRI


Bicara kadang2 tak terjaga, Janji kadang2 terabai, Hati kadang2 berprasangka, Sikap kadang2 menyakitkan...Hidup ini menjadi terlalu INDAH jika masih ada rasa maaf-bermaafan..SALAM AIDILFITRI untuk semua. TUHAN memberkati..



Khamis, 17 September 2009

GAMBAR IKAN KELI GERGASI PENGHUNI BARU TASIK KENYIR


Spesies ikan keli gergasi 'Mekong Giant Catfish' dari Laos akan dibiakkan di Tasik Kenyir tidak lama lagi, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Ikan yang boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram seekor itu bakal dilepaskan di tasik itu semasa pertandingan membabitkan sebuah persatuan memancing dari China mulai 2 hingga 6 Oktober ini.

Beliau berkata, spesies ikan lain antaranya toman dan lampam akan turut dilepaskan melalui peruntukan pertandingan yang berjumlah RM400,000.

"Kita mahu orang tahu di Tasik Kenyir ada banyak jenis ikan yang membolehkan mereka menjadikan tempat itu sebagai lokasi menarik untuk memancing," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini semalam.