Sabtu, 2009 Oktober 03
Isnin, 2009 September 28
Sabtu, 2009 September 19
SALAM AIDILFITRI

Bicara kadang2 tak terjaga, Janji kadang2 terabai, Hati kadang2 berprasangka, Sikap kadang2 menyakitkan...Hidup ini menjadi terlalu INDAH jika masih ada rasa maaf-bermaafan..SALAM AIDILFITRI untuk semua. TUHAN memberkati..
Label:
Ucapan
Khamis, 2009 September 17
GAMBAR IKAN KELI GERGASI PENGHUNI BARU TASIK KENYIR

Spesies ikan keli gergasi 'Mekong Giant Catfish' dari Laos akan dibiakkan di Tasik Kenyir tidak lama lagi, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Ikan yang boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram seekor itu bakal dilepaskan di tasik itu semasa pertandingan membabitkan sebuah persatuan memancing dari China mulai 2 hingga 6 Oktober ini.
Beliau berkata, spesies ikan lain antaranya toman dan lampam akan turut dilepaskan melalui peruntukan pertandingan yang berjumlah RM400,000.
"Kita mahu orang tahu di Tasik Kenyir ada banyak jenis ikan yang membolehkan mereka menjadikan tempat itu sebagai lokasi menarik untuk memancing," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini semalam.
Selasa, 2009 Ogos 25
ATASI TIDUR BERDENGKUR
BAGI mereka yang tidur berdengkur, eloklah mengamalkan minum segelas susu suam yang dicampurkan dengan serbuk badam. Amalkan selalu, dengan izin Tuhan, tiada lagi rungutan dari pasangan anda. Tidur anda pun akan lebih lena dan keesokan paginya anda akan berasa lebih cergas dan bersemangat apabila bangun dari tidur. 
Label:
Petua
KEMBALIKAN KILAUAN EMAS
BARANG kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan kilauan emasnya, cuba ikuti petua ini. Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi dan rendamkan barang kemas berkenaan selama setengah jam. Selepas itu, keluarkan barang kemas itu dan berus dengan berus gigi yang terpakai. Barang kemas dari Perak juga boleh kita kembalikan kemilaunya denga cara ini.
Hasilnya barang kemas anda akan kelihatan baru. 
Read more...

Label:
Petua
Langgan:
Catatan (Atom)




