TEMAN2 3HERO

Jumaat, 9 Januari 2009

NORULUYAN (LEWAT BANGUN)

Aduuuii...
Bangang betul aku pagi ni o.Aku lambat bangun bo.Ni gara2 melayari blog ba ni. inda sedar2 jam 3.45 sudah..Siuk betul ba baca blog c Tompipiris,Aiso,melati duka,sanguru,sang kancil,kudingking..ainaa,banyak lagi..Nasib saj Hero aku yang ketiga menyerbu masuk dalam bilik kasi bangun..kalau tidak,mesti My3 hero inda dapat pegi sekolah o. sekali aku tengok jam 6.45 pagi bo..yuuu,apa lagi..aku pasang toropidu mengurus My 3 hero.
Punya marah hero aku yang no.2."Lain kali bangun malam2 ba ibu..." dia bilang bo. Dia maksudkan bangun awal pagi jam 5..gelap lagi kan kalau jam 5 subuh.itu yang dia istilahkan "bangun malam2" tu.

hehehe;)

Khamis, 8 Januari 2009

BELANJA...

Ini pun kisah hero ke-3 saya juga...banyak betul perkara yang dia tempuhi hari ni.
Bila mood Baby sudah baik saya tanya anak2 berapa duit belanja sekolah yang tinggal hari ini?

Ibu : Berapa duit tinggal hari ni?
1st hero (Avner ) : Ada 60 sen lagi ibu.
Ethaniel : saya punya tinggal 50 sen lagi ibu
Baby hanya membisu..
Ibu : Baby punya berapa yang tinggal?
Baby : Tiada...(sambil menjungkitkan bahunya).Saya kesian ba kawan saya tadi ibu. Tiada duit belanjanya.Mamanya tidak kasi.Saya kasi belanja dia 50 sen.Saya belikannya aiskrim dan keropok.
Ibu : Aduuiii...baby,kau baru Tahun 1 baa..pandai sudah kau belanja2 orang.
Baby : Biarlah ba ibu...(katanya selamba)
Saya hanya bungkam tak terkata-kata.

Terus terang saya katakan My 3 hero ni sensitif jiwa mereka.Mereka pantang berdepan dengan situasi sedemikian,timbullah perasaan simpati dalam diri.Macam ibu dorang juga.Bayangkan saja cerita sedih dalam tv yang melibatkan penganiayaan kanak2,mereka mesti mengalirkan airmata..Aduuiii...my 3 hero...

BULI

Tengahari tadi seperti biasa saya mengambil My 3 Hero dari sekolah.
Kelihatan dari jauh My 3trd hero saya gelarnya (baby) dan 2nd hero (Ethaniel) sudah menunggu di bus stop.

Berhenti saja kereta,Baby dan Ethaniel bergegas memasukkan beg ke dalam kereta.Kelihatan muka Baby sangat tension lalu saya tegur dia;

Ibu : Kenapa baby? baby menangis ka?
Baby : Tidak ba...
Ibu : Jadi kenapa muka baby macam baru lepas menangis?
baby : Kesian ba itu budak tadi kena BULI..
Ibu : Siapa yang buli?
Baby : 2 orang budak pakai beg warna biru yang buli.Jahat betul itu budak wo ibu.Nanti saya
balas itu.Saya pukul pakai ini tali pinggang saya.
Ibu : Tidak boleh buat begitu baby..nanti Tuhan marah.
Baby : Itu budak 2 orang tu masuk neraka kah ibu?
Ibu : Ya...Baby budak pintarkan? Mesti jadi anak yang baik ah.Dengar cakap ibu dan bapa.
Baby : ah..ah..Jahat betuk itu budak tadi wo ibu..Geng kingkong ba dorang tu.Itulah jahat
betul.
Ibu : Aduuuii...dari manalah kau dapat istilah "geng kingkong" itu baby,kataku dalam hati.

Sampai saja di rumah baby menceritakan hal tersebut kepada bapanya..Ayah mereka memberikan kata2 nasihat.
Aku hanya memerhatikan gelagat My 3 hero...Dalam hati aku panjatkan doa dan kesyukuran kepada Tuhan atas anugerah tidak ternilai ini.

Selasa, 6 Januari 2009

MY 2ND HERO

Hai...bertemu lagi dalam raungan ini.
Saya ingin berkongsi satu cerita kepada semua blogger tentang Hero ke-2 saya.Walaupun peristiwa ini sudah 2 tahun berlalu tetapi sukar bagi saya untuk melupakannya..Lucu rasanya bila saya teringat kembali peristiwa ini.

Begini ceritanya...suatu hari saya dan suami mengajak ketiga-tiga hero kami ni melepak di Pekan Kota Marudu.Sedang kami duduk2 di tembok2 sekitar bangunan,datanglah seorang pakcik yang tempang kakinya duduk kira2 2 meter dari tempat kami duduk.Pakcik itu terpaksa menggunakan sebatang kayu untuk membantunya berjalan.Saya kenal benar dengan pakcik itu.Kecacatan yang dialaminya adalah kecacatan semulajadi.Namun kecacatannya itu tidak pernah menghalangnya untuk mencari rezeki sendiri.

Hero kami ni mengekori dan hanya memerhati sahaja perlakuan pakcik itu..Kesian pakcik tu rasa serba tak kena jadi perhatian hero kami.

Tau apa yang berlaku?..aduuui,tanpa segan silu hero ke-2 kami (Ethaniel) pergi menghampiri pakcik tersebut.Saya memanggilnya tetapi dia tak hirau.Pakcik itu bilang biarlah dia di sini.dia mau bercerita sama saya dia bilang.Saya dan suami hanya melihat dan mendengar apa yang dia bualkan dengan pakcik itu. Begini perbualan mereka...

My Hero ke-2 : Atuk...kenapa kaki kau itu?
Pakcik : Cacat...
My Hero ke-2 : ohhhh...kenapa cacat?
Pakcik : Mimang-mimang dari kecil lagi.
My Hero : Ohhhh...kalau atuk jalan pakai apa?Pakai ini kayu? (Sambil memegang
tongkat pakcik)
Pakcik : Yaa...saya pakai ini tongkat kayu.
My hero ke-2 : Ohhhh...kalau atuk kena kejar anjing?(Aduui..matai oku.Apa benda dia tanya ni
kata hatiku.)
Pakcik : Saya pukul pakai ini kayu.( sambil memegang tongkat kayunya)
My Hero ke-2 : Ohhhh.....

Lepas saja My Hero ke-2 habis bertanya dan puas hati,baru dia pigi tempat kami.Datang2 saja dia terus cakap sama abang dia.."Abang,abang!Kesian o itu atuk tuna.Kakinya yang satu kecil."
"Ya..." jawab abangnya.Si Hero ke-3 hanya memerhati.

Sebelum kami meninggalkan tempat itu,aku memohon maaf pada pakcik itu kalau2 dia tersinggung dengan sikap hero kami itu..."Amu e too...okodok po yalo waro no budi bahasa. kajarangan waro tanganak irad dino.." jawab pakcik sambil mengusap-usap kepala hero ke-2 saya.
Kembang juga saya sikit.Bukan sikit orang masa tu di situ.

Sesungguhnya kami sangat bersyukur kerana dalam direct to the point hero kami ni, mereka tak pernah lagi bersikap "Tak masuk ajar".Thanks to GOD atas anugerah yang tak ternilai ini.
Sejak hari tu,saya tidak lagi bimbang jika anak saya terjumpa sesuatu yang kelihatan pelik pada pandangan mereka...hehehee:)

SAMA2 KITA RENUNGKAN APA HIKMAHNYA...ka di Sanguru bo.

Isnin, 5 Januari 2009

MY 3 HERO WITH DADDY


HARI PERTAMA MY 3 HERO KE SEKOLAH SESI 2009

My 3rd Hero name is ELVER ELMER
DOB:041002

My 2nd Hero name is ETHANIEL AVER
DOB:180501

My 1st Hero name is ELLNER AVNER
DOB:290799


My 3 hero bergambar di depan bangunan pentadbiran sekolah awal pagi ini.








Aku bangun tepat jam 5 pagi ni...
Selepas menyediakan sarapan untuk My 3 Hero,aku menghidupkan laptop ku.Sempa juga aku melawat blog Mike corner toruai.Hebat betul blog dia 2....kada kumambang kie Mike. hehehe.
Kedengaran bunyi siren kenderaan Bomba dan Penyelamat membelah kesunyian pagi. Mataku mengekori ke arah mana perginya bomba tersebut.Rupanya menuju ke Pekan Lama Kota Marudu..."Apa hal ni ah?mudah-mudahan tiada yang teruk berlaku." aku bermonolog sendiri dalam hatiku.
Aku memang sensitif dengan bunyi-bunyian seperti ini.Siren Polis,Bomba,lebih-lebih lagi bunyi siren Ambulans..
My 2nd Hero Ethaniel Aver noposik sudah.Dia ni memang selalu awal bangun lebih-lebih lagi ketika sesi persekolahan.
Emmm....bangun-bangun saja Hero Ethaniel terus baham sarapan.Aik?awal juga?masih lagi gelap bo...hehehehe.
Lepas bersarapan,My Hero Ethaniel minta izin main game di laptop bapa dia..."Uluk...uluk" kata suara hatiku....

Ahad, 4 Januari 2009




MY 3 HERO

1st hero 5 years, 2nd hro 3 years, 3rd hero 2 years.Gambar-gambar ini diambil ketika My 3 Hero masih kecil-kecil po..


MY 3 HERO WITH IBU
Lihatlah gaya Hero di tengah tu...
Aduiii...alamas oku dino oi baby..

MY 3 HERO WITH DADDY
Atukkk.....oi...
Gaya My 3 Hero dengan BAPA durang ni ah membunuh kuman o...

MY 3 HERO
Rapatnya My 3 Hero "Bagai isi dengan kuku"..
Mereka memanggil aku mama mereka dengan panggilan "IBU" sejak mereka masih kecil.
Aku dan suami ku begitu menyayangi 3 hero kami ini.
TUHAN memberkati.Amen.