TEMAN2 3HERO

Sabtu, 21 Februari 2009

KETAWA

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ketawa banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Melalui gelak ketawa, anda dapat melepaskan segala emosi dan ketegangan yang dialami. Malah,emosi yang terpendam seperti marah, takut, sedih atau bosan boleh dikeluarkan dalam tubuh dengan bergelak ketawa. Sekaligus, ia dapat membentuk ekspresi diri anda yang menyenangkan.
Justeru, untuk bergelak ketawa..layarilah blog http://illie-alamas.blogspot.com


Rabu, 18 Februari 2009

SIAPA PUNYA ITU AAHH?!!!..

Baru tadi saya masuk blog c Furen Laoshi dan baca entry dia tentang kenangan d SRK.Tandek dulu2. Kisah linsou (biji) mangga yang mendarat di kepala guru besar.hahahaaa.Tak dapat ku bayangkan.
Terus ingatan saya menyorot kembali satu kisah masa saya sekolah lagi d SMK.Tandek. Macam masa saya tingkatan 3 itu tahun 1994 kalau inda silap bo.
Kami punya kelas ini tingkat paling atas. Ada dua tangga timur dan barat. Tangga barat dikhaskan untuk pelajar lelaki. Tangga timur pula dikhaskan untuk pelajar perempuan. Ososodu juga la jalan pigi tangga perempuan kalau ngam2 itu kelas sana dekat tangga lelaki. Tidak boleh sembarangan ja guna tangga ni. Kalau kedapatan, mimang ko make'ek bo. Kami dorang c Gisak, C RumbiaMasolog dan Mimie yang pernah sekolah di SMK.Tandek masa tu kalau durang masih ingat ini kisah.Heheheee.
Ada satu masa ni tiba2 kedengaran ada suara teriakan marah dari bawah. Macam suara cikgu ba. Pasang telinga ja kami.Betul2 juga cikgu yang marah. Tak perlulah saya sebut nama cikgu itu di sini aah..masih di sini itu cikgu sekarang tapi bukan lagi d SMK.Tandek bo. Dia naik pangkat sudah jadi PK di SK. Kami yang di atas ni menikus saja.Inda tau apa cerita sebenar punca kemurkaan itu..
Sekali besok2 terus ada perhimpunan bo.Masa tu pengetua di SMK.Tandek Arwah Cikgu Makibin.Penolong Kanan pula Cikgu Jainim. Kena marah ba kami semua di perhimpunan. "Siapa yang meludah dari atas kemarin?!!!!..." Bilang Arwah bo.Siapa punya ludah itu aahh!!!...".
Ada cikgu yang kena ludah. Cikgu perempuan.Bagus kalau ludah yang biasa2..Ini ludah yang tak seindah biasa (macam lagu Datuk Siti pula ini) hehehee. Panas2 lagi itu ludah mendarat di kepala. Macam kuning + hijau sudah warna itu ludah bilang bo.Tumpuk besar lagi tu,pepekatlah.Pasti yang empunya ludah itu yang ada koruk punya batuk.Bukan 1 orang ja yang batuk2 masa tu. Kami menikus saja. Arwah tu kalau sudah marah, nah.. jan main2. Tapi kalau inda marah,paling bagus ini cikgu walaupun tegas.Tiada siapa pun yang berani mengaku meludah. Kalau mengaku, nah..tempah maut namanya.
Sejak dari hari itu DILARANG MELUDAH sudah dari atas. Kalau batuk yang ada isi tumpuk2 tu, pandai2lah mau buang di mana.Talan terus ja pun OK baitu...hahahaaa
Banyak betul kisah di SMK.Tandek lagi...TO BE CONTINUED

NOTA: Semoga roh arwah dicucuri rahmat

Selasa, 17 Februari 2009

I LOVE YOU OM

Jam sudah menunjukkan jam 12.55 malam. Mata aku ni masih belum menunjukkan tanda2 mengantuk. Sambil melayari internet, sambil tengok tv. Cari2 movie yang bagus akhirnya terjumpa movie Indonesia bertajuk ' I LOVE YOU OM ' di channel 122 Kirana.
Saya pernah membaca sinposis cerita ini sebelum ni tetapi belum pernah menonton. Jadi saya ambil peluang malam ni untuk menonton sampai habis cerita.

Filem ini mengisahkan percintaan yang tidak diduga. Dion berumur 12 tahun, seorang remaja yang membesar tanpa kasih seorang ayah telah jatuh cinta dengan Gaza yang jauh lebih berusia darinya. Filem ini memaparkan bagaimana kisah hidup segelintir remaja yang mengalami perasaan jatuh cinta untuk kali yang pertama. Juga memaparkan bagaimana seorang kanak2 menuju kearah peralihan zaman.
Gaza yang turut mencintai Dion terpaksa mengabaikan perasaannya lantaran Dion hanya seorang kanak2 yang betul2 masih mentah untuk menilai cinta.
Cerita ini berakhir dengan kematian Dion..Betul2 gila ini cerita.
Kalau macam saya yang sensitif jiwanya, menangis bo. Apa lagi ending cerita ini pun 'sad ending' betul2 tumiri romou mato ku.

Ahad, 15 Februari 2009

HARI YANG MALANG

Borhan menghampiri Jefri yang sedang duduk termenung. Kelihatan ada segelas air di sisi Jefri, lantas Borhan meneguknya hingga habis. Jefri terkejut lalu menangis.

Borhan : Hei..kenapa kau tiba2 menangis ni o? Nanti aku belikan kau minuman yang lain.
Jefri : Kau tidak tahu Borhan, hari ini hari yang paling malang dalam hidup aku. Pertama, masa
di pejabat tadi bos marah dan aku dipecat. Masa nak balik, kereta pula kena curi. Lepas
itu dompet dan kad kredit pula tertinggal dalam teksi. Sampai rumah, aku dapat tahu
isteri aku tidur dengan tukang kebun. Aku larikan diri. Aku sudah tidak mahu hidup lagi
Borhan. Tapi..
Borhan : Tapi apa Jefri?
Jefri : Kau dah habiskan racun yang aku bawa ini..
Borhan : Hah??!!!!....

Saya sebenarnya banyak koleksi cerita2 lucu ni tapi tak pernah terfikir untuk posting dan kongsikan bersama. Setelah saya masuk blog c Furen Laoshi dan baca banyak entry dia yang lucu mencuit hati, saya pun postlah cerita ni. Untuk kita ketawa2 bersama bo. Supaya inda ALAMAS...hehee

KISAH KU DI HOSPITAL HQE

Kalau saya ingat balik pengalaman ini..mesti muka saya pandai merah. Bikin MALU ba ini pengalaman saya ni. Eeeii..saya tidak tahu kenapa saya tidak boleh parasan.

Pada bulan Mac tahun lalu, saya ada appoiment dengan Doktor Pakar di HQE. Saya ni nama saja orang muda tapi tiada pengalaman mau jalan di KK satu orang. Selalu kalau saya pergi KK, mesti ada kawan.Kalau tiada kawan, nah boleh apalid (sesat) itu.
Ngam2 saya punya appoiment kena hari bekerja. Suami pun kena kerja di samping mau ambil anak2 lagi dari sekolah tengahari.Jadi saya pun pergilah seorang diri dengan menumpang sama c Rimpot @ Jelson. Dia ni pairet pergi KK. Awal2 lagi saya sudah kasi tau dia saya mau ikut pergi dan balik sebab saya tidak pandai cari kereta..
Sampai di KK, c Rimpot hantarlah saya betul2 sampai depan itu HQE Unit Patologi (kalau tidak silap) tu. Mungkin dia takut juga itu kalau saya sesat. Jadi saya pergi kounter pertanyaan tentang appoiment saya tu. Punya saya terkejut, dorang suruh saya pergi di bahagian Pakar sana atas bukit. Saya betul2 bingung o mana mau cari itu bukit yang dorang cakap tu. Ngam2 ada jururawat limpas, saya pun tanya sebelah mana itu pusat pakar. Itu jururawat pun bagilah saya petunjuk. Saya pura2 ja faham sedangkan tidak masuk kepala otak saya langsung arah yang dia tunjuk..ibarat 'masuk telinga kanan, keluar di hidung ' ja bo penerangan dia. Bukan apa, saya cemas sebab takut apalid. Eeii..molowong towo saya.
Saya pun mula berjalan seperti yang ditunjukkan oleh jururawat tersebut. Jauh lagi pula itu dari tempat c Rimpot hantar saya.Limpas lagi itu parking kereta seberang jalan.Ngam2 nogi masa tu renovate itu HQE. Dalam perjalanan, saya terpaksa melalui jalan yang mititiwajang (sana sini) itu kayu. Hujan pun moporis (gerimis) masa tu..Laju saja saya jalan sebab takut basah. Lagipun itu dokumen saya tiada lapis plastik. Kalau basah, naah..meke'ek bo.
Tidak tau di mana silapnya dalam rancak2 saya berjalan, "puchaakk..." terlajak saya di jalan yang baru kena simen. Itu tembok tepi jalan raya ba yang dorang simen tu. Belum sempat kering, saya sudah pijak..Matai2..punyalah saya malu. Inda apa kalau sebelah saja kaki saya termasuk dalam simen tu, ini dua2 bo. eeee, kerja mulau. Tidak lagi dapat kasi beza itu warna simen yang sudah keras dan yang belum keras bo tu basah oleh hujan.Sama saja itu warna saya nampak. Yang tukang buat itu jalan pun tidak tutup ba itu jalan pakai pisang lanut (tali rafia).
Berabis itu pekerja yang berteduh situ bawah jejentas ketawa nampak saya termasuk di simen . Apa lagi, payah2 itu pekerja pigi kasi timbus itu bekas tapak kaki saya..hehehee. "padan muka, siapa suruh tidak tutup ini jalan..." dalam hati saya, padahal mogimbaba'a lagi saya tu. Nasib baik saya inda keras di situ. Yang saya hairan, banyak2 orang lalu di situ, saya saja yang termasuk. Nasib baik saya tidak terduduk. Kalaulah terduduk, matai2..Bukan lowong kaitu? Itu mata saya terlampau meliar mencari2 itu tempat yang saya mau pigi baitu. Cepat2 saya tarik kaki saya dan berjalan menuju ke arah yang ada paip. Ngam2 ada seorang staff lelaki HQE berbangsa India di belakang saya masa tu, dialah yang tolong saya cuci kaki dan seluar jeans saya. Saya pun hairan kenapa dia bermurah hati tolong saya. Itu lelaki ketawa ja tengok muka saya..Punyalah saya malu.
Kesempatan itu saya tanya dia di mana hospital pakar. Dia kasi tunjuk la sama saya. Lega hati. Sempat juga bo saya ucap TQ pada dia. Lepas tu saya terus marathon la meredah itu hujan. Sampai di atas bukit, mikab-ikab po.
Sampai di Unit Pakar yang saya ada appoiment dan di panggil masuk berjumpa dengan doktor, TERKEJUT besar lagi saya. Tau kenapa? Rupa2nya itu lelaki India yang tolong saya cuci kaki dan seluar saya tu doktor pakar. Saya pura2 serius padahal sakit suda perut sama pipi saya menahan ketawa.. mikingis saja saya bo. Hairan kali yan doktor satu lagi tu tengok gelagat saya, dia tanyalah saya, "what happend to you miss?" dia bilang.."Nothing..just,have a funny experiance today" saya jawab. Dua2 doktor itu pun bercakap Bahasa India. Mata itu doktor yang satu terus fokus pigi kaki saya sambil tersenyum.. Bikin malu sama saya betul o..
Selesai berurusan, sempat juga itu doktor minta no hp saya. Apa lagi, datang saya punya kapalui, saya bagi no hp kawan saya..heheee padan muka.Siapa suruh kasi ketawa saya...
Saya pun berlalu dengan satu pengalaman yang cukup memalukan tapi manis untuk diingat2.
HAHAHAHAHAHAHAHAAAAAAA...saya mau ketawa lagi terlampau geli hati.

LINIKING DOT LUMA'AN

Baa...ka, sasadaplah lauk kami makan tengahari kemarin. Ini yang nombor satu paling sedap. Sampai mongodabol bo..Ikan masin luma'an ni kalau makan sama lada campur limau, fuhh..inda nampak mentua bo...hahahaaa. C Miracle, c Surinit, c Illie, c LMike yang jauh dari KM tu simbut2 kamu aah..

KUNG FU PANDA

Hasil Lukisan : Ethaniel Aver @ Uluk
KUNG FU PANDA....filem animasi yang betul2 mencuit hati. My 3 Hero betul2 suka tengok cerita ni.Dalam sehari entah berapa kali pasang cd terutamanya c Uluk..Sambil2 tengok cerita ni, terburailah ketawanya yang nyaring bila masuk part yang melucukn..
Habis saja tengok cerita ni..naah,mulalah tu melukis. Dan lukisan di atas tu hasil lukisan Uluk. Dia lukis ni bukan style main tekap aah..dia letak cover cd tu depan dia baru dia lukis atas kertas...