TEMAN2 3HERO

Khamis, 8 Januari 2009

BULI

Tengahari tadi seperti biasa saya mengambil My 3 Hero dari sekolah.
Kelihatan dari jauh My 3trd hero saya gelarnya (baby) dan 2nd hero (Ethaniel) sudah menunggu di bus stop.

Berhenti saja kereta,Baby dan Ethaniel bergegas memasukkan beg ke dalam kereta.Kelihatan muka Baby sangat tension lalu saya tegur dia;

Ibu : Kenapa baby? baby menangis ka?
Baby : Tidak ba...
Ibu : Jadi kenapa muka baby macam baru lepas menangis?
baby : Kesian ba itu budak tadi kena BULI..
Ibu : Siapa yang buli?
Baby : 2 orang budak pakai beg warna biru yang buli.Jahat betul itu budak wo ibu.Nanti saya
balas itu.Saya pukul pakai ini tali pinggang saya.
Ibu : Tidak boleh buat begitu baby..nanti Tuhan marah.
Baby : Itu budak 2 orang tu masuk neraka kah ibu?
Ibu : Ya...Baby budak pintarkan? Mesti jadi anak yang baik ah.Dengar cakap ibu dan bapa.
Baby : ah..ah..Jahat betuk itu budak tadi wo ibu..Geng kingkong ba dorang tu.Itulah jahat
betul.
Ibu : Aduuuii...dari manalah kau dapat istilah "geng kingkong" itu baby,kataku dalam hati.

Sampai saja di rumah baby menceritakan hal tersebut kepada bapanya..Ayah mereka memberikan kata2 nasihat.
Aku hanya memerhatikan gelagat My 3 hero...Dalam hati aku panjatkan doa dan kesyukuran kepada Tuhan atas anugerah tidak ternilai ini.

2 ulasan:

ILLIE berkata...

di jipun..budaya buli di kalangan budak sekolah amat serius..sampai ada yang bunuh diri sabap inda tahan kana buli..sia pikir di Malaysia..budaya buli ni indalah berapa serius dan masih bulih di kawal..sia suda kasi tau sitaring sia..kalu ada yg cuba membuli..sia suruh lawan..sabap mengikut kajian yg di buat..mangsa yang kana buli..selalunya tidak melawan sebaliknya bila melawan..si pembuli tadi tidak akan mengulangi perbuatan itu.Sia mimang inda kasi chan..mimang sia suruh lawan dan kalu kana buli..suruh dia tumbuk..jangan main2 sama momogun..hehehe

NONG berkata...

Mimang butul cakap ko tu Illie...
Kadang2 kita perlu juga berkasar untuk mempertahankan diri kita..