TEMAN2 3HERO

Khamis, 8 Januari 2009

BELANJA...

Ini pun kisah hero ke-3 saya juga...banyak betul perkara yang dia tempuhi hari ni.
Bila mood Baby sudah baik saya tanya anak2 berapa duit belanja sekolah yang tinggal hari ini?

Ibu : Berapa duit tinggal hari ni?
1st hero (Avner ) : Ada 60 sen lagi ibu.
Ethaniel : saya punya tinggal 50 sen lagi ibu
Baby hanya membisu..
Ibu : Baby punya berapa yang tinggal?
Baby : Tiada...(sambil menjungkitkan bahunya).Saya kesian ba kawan saya tadi ibu. Tiada duit belanjanya.Mamanya tidak kasi.Saya kasi belanja dia 50 sen.Saya belikannya aiskrim dan keropok.
Ibu : Aduuiii...baby,kau baru Tahun 1 baa..pandai sudah kau belanja2 orang.
Baby : Biarlah ba ibu...(katanya selamba)
Saya hanya bungkam tak terkata-kata.

Terus terang saya katakan My 3 hero ni sensitif jiwa mereka.Mereka pantang berdepan dengan situasi sedemikian,timbullah perasaan simpati dalam diri.Macam ibu dorang juga.Bayangkan saja cerita sedih dalam tv yang melibatkan penganiayaan kanak2,mereka mesti mengalirkan airmata..Aduuiii...my 3 hero...

2 ulasan:

MAWAR BERDURI berkata...

salam?

suka saya membaca catatan kau pagi2 hari.

best juga kan ada anak ni, chee perasan la pulak aku. ndak pa ada rezeki mana tau dapat anak baik mcm anak ko kan???

tapi seharusnya begitu lah jus, didikan yang baik tuk anak2 kan menjadikan mereka budak yang baik

pa pun jus kena selalu memberi nasihat dan dorongan agar anak2 jus terus membesar menjadi manusia yang baik dan berguna untuk negeri kita ni bah..

ok jus teruskan catatan mu. semoga anak2 mu membesar dgn sehat dan bahagia.

panjang pulak ulasan mawar hari ni.

MHK berkata...

Hi jus best kan dapat anak-anak yang baik.....kongsi dengan saya macam mana jus didik anak-anak boleh?...