TEMAN2 3HERO

Selasa, 6 Januari 2009

MY 2ND HERO

Hai...bertemu lagi dalam raungan ini.
Saya ingin berkongsi satu cerita kepada semua blogger tentang Hero ke-2 saya.Walaupun peristiwa ini sudah 2 tahun berlalu tetapi sukar bagi saya untuk melupakannya..Lucu rasanya bila saya teringat kembali peristiwa ini.

Begini ceritanya...suatu hari saya dan suami mengajak ketiga-tiga hero kami ni melepak di Pekan Kota Marudu.Sedang kami duduk2 di tembok2 sekitar bangunan,datanglah seorang pakcik yang tempang kakinya duduk kira2 2 meter dari tempat kami duduk.Pakcik itu terpaksa menggunakan sebatang kayu untuk membantunya berjalan.Saya kenal benar dengan pakcik itu.Kecacatan yang dialaminya adalah kecacatan semulajadi.Namun kecacatannya itu tidak pernah menghalangnya untuk mencari rezeki sendiri.

Hero kami ni mengekori dan hanya memerhati sahaja perlakuan pakcik itu..Kesian pakcik tu rasa serba tak kena jadi perhatian hero kami.

Tau apa yang berlaku?..aduuui,tanpa segan silu hero ke-2 kami (Ethaniel) pergi menghampiri pakcik tersebut.Saya memanggilnya tetapi dia tak hirau.Pakcik itu bilang biarlah dia di sini.dia mau bercerita sama saya dia bilang.Saya dan suami hanya melihat dan mendengar apa yang dia bualkan dengan pakcik itu. Begini perbualan mereka...

My Hero ke-2 : Atuk...kenapa kaki kau itu?
Pakcik : Cacat...
My Hero ke-2 : ohhhh...kenapa cacat?
Pakcik : Mimang-mimang dari kecil lagi.
My Hero : Ohhhh...kalau atuk jalan pakai apa?Pakai ini kayu? (Sambil memegang
tongkat pakcik)
Pakcik : Yaa...saya pakai ini tongkat kayu.
My hero ke-2 : Ohhhh...kalau atuk kena kejar anjing?(Aduui..matai oku.Apa benda dia tanya ni
kata hatiku.)
Pakcik : Saya pukul pakai ini kayu.( sambil memegang tongkat kayunya)
My Hero ke-2 : Ohhhh.....

Lepas saja My Hero ke-2 habis bertanya dan puas hati,baru dia pigi tempat kami.Datang2 saja dia terus cakap sama abang dia.."Abang,abang!Kesian o itu atuk tuna.Kakinya yang satu kecil."
"Ya..." jawab abangnya.Si Hero ke-3 hanya memerhati.

Sebelum kami meninggalkan tempat itu,aku memohon maaf pada pakcik itu kalau2 dia tersinggung dengan sikap hero kami itu..."Amu e too...okodok po yalo waro no budi bahasa. kajarangan waro tanganak irad dino.." jawab pakcik sambil mengusap-usap kepala hero ke-2 saya.
Kembang juga saya sikit.Bukan sikit orang masa tu di situ.

Sesungguhnya kami sangat bersyukur kerana dalam direct to the point hero kami ni, mereka tak pernah lagi bersikap "Tak masuk ajar".Thanks to GOD atas anugerah yang tak ternilai ini.
Sejak hari tu,saya tidak lagi bimbang jika anak saya terjumpa sesuatu yang kelihatan pelik pada pandangan mereka...hehehee:)

SAMA2 KITA RENUNGKAN APA HIKMAHNYA...ka di Sanguru bo.

7 ulasan:

Sang Kancil berkata...

wow! kelebihan yang ada pada anak kecik yang tidak ada pada orang dewasa.....

ILLIE berkata...

Anak yang bagus disebabkan kedua ibubapanya memberikan didikan yang bagus..segala-galanya bermula dari rumah..seandainya ibubapa memberi contoh yang baik..pastinya anak-anak akan meniru yang baik itu apabila berada di luar...ngam kaini nong?

dinderaman berkata...

apa jua yang anak kecil buat biasanya lahir dari nuluri dan hatinya....sedikit sekali dipengaruh emosi....biarkan anak kecil buat apa yang dia nak buat asalkan tidak sampai membahayakannya...........

Yu$ berkata...

heheh... mungkin sy silap. Tapi sy suka pada kanak2 dan org yg sangat tua. bagi saya kanak2 ni innocent, dan yg sangat tua pula suda accept dan redha dgn nasib, jadi tdak byk komplen suda. hmm... mungkin silap... cuma generalisasi ja tu.

MAWAR BERDURI berkata...

salam?

heheh

memang kan budak2..tapi betul 2 ajaran kena betul baru anak2 bijak dan pandai mengatur ayat dan suasana. k

nong_Justina T berkata...

TQ Mawar Berduri sudi singgah blog saya.
My 3 Hero ni selalu buat kejutan.Ada saja peningkatan dalam perkembangan sahsiah diri yang saya sendiri tak tau dari mana dorang dapat..

Memang faktor persekitaran ni memengaruhi o kan.My 3 hero ni HANTU tv.Tapi yang bestnya dorang ni,citarasa sama saja.Program tv yang dorng suka bukan juga yang terlalu budak2 punya dan bukan juga yang orang tua punya.

Bila My 3 hero ni mula mengulas progran tv yang mereka minati macam cerita High School Musical 1,2,3..Camp Rock,aduui...saya hanya mampu gelak dalam hati...

itulah My 3 hero...

aranam berkata...

Nong,

Berdepan dengan situasi begini sering membuat ramai orang resah sendiri.