TEMAN2 3HERO

Ahad, 11 Januari 2009

ADA APA PADA TARIKH INI (29/07/2001)?

Hai semua...bertemu lagi dalam blog ini.Saya berfikir panjang untuk meletakkan tajuk terbaik untuk posting saya pada kali ini.Kiranya ini adalah tajuk paling baik yang saya ketengahkan.. harap2lah ah...

Tarikh 29072001 adalah tarikh keramat dalam hidup saya yang saya tidak boleh lupakan sampai akhir hayat saya.Mau tahu kenapa?Kerana tarikh ini adalah tarikh pemergian Ayah tersayang saya buat selama-lamanya..Arwah TUYUNDO BIN MANGGONG.
Dan yang paling menyanyat hati saya ialah pada tarikh ini juga merupakan hari ulang tahun ke-2 tahun Hero sulung saya ELLNER AVNER yang lahir pada 29/07/99.

Sesuatu yang saya tidak pernah jangkakan dalam hidup saya ialah pemergian arwah ayah yang begitu mengejut dan tidak disangka2...(Situasi yang sama dengan mendiang Bapa Si Little Mike).Cuma yang membezakannya ialah arwah ayah saya menghembuskan nafas terakhir tanpa sesiapa di sisi(Meninggal pada waktu subuh menurut Doktor).

Saya mau cerita sikit ah pasal kisah ni...Aina,air mata sudah bertakung dipelupuk mata saya sudah ni...
3 hari sebelum tarikh ini,saya ada bertemu dengan ayah.Dia datang rumah hantar daging kerbau.Saya dengan begitu gembira menyambut kedatangan ayah.Tidak lupa saya menjemputnya datang rumah untuk sambut hari jadi anak sulung saya,cucu ayah..saya masih ingat ayah jawab"o bo...".
Sekali tiba 29/07/2001,awal pagi riuh rendah...kami disajikan dengan berita "Ayah meninggal dunia"..hanya TUHAN yang tahu perasaan saya ketika itu.Saya hilang kekuatan. Saya dakap anak sulung saya erat2.Tak sangka sambutan birthdaynya adalah sambutan "pemergian" atuknya buat selamanya.."Happy birthday anakku..moga panjang umur" aku bermonolog dalam hati ku sambil mencium ubun2 anakku.."Pa,semoga kau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.."seru hati kecilku.

Sehingga sekarang sudah 9 tahun ayah pergi..kami meraihkan dua sambutan sekali gus pada tarikh 29/07 setiap tahun iaitu sambutan ULANG TAHUN KELAHIRAN cucu & ULANGTAHUN KEMATIAN atuk.


Salam manis semua..

NOTA: Kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam,tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya ah..THANKS VERY MUCH.

5 ulasan:

ILLIE berkata...

nong...memang terlalu sedih bila orang yang kita sayangi tiba2 pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya..sia juga mengalami perkara yang sama..ketika mendiang bapa menghembuskan nafas sia tidak ada disisi.Lega lah juga sebap adik beradik ada juga disisi mendiang.

Awal pagi 30/12 mendiang bapa sia meninggal dan sia dihubungi..waktu itu di jipun semua agen2 tiket kapal terbang sudah bercuti tahun..mau tidak mau..sia terpaksa datang aiport dan direct pigi beli tiket.nasip baik itu kapal terbang ada kusung..tapi tambang jangan tanya...sampai KL..semua penerbangan untuk KK tidak ada kusung bagi kelas ekonomi..terpaksa ambil buisness kelas..sia tetap bersyukur kerana sempat juga menatap wajah bapa sebelum dikebumikan...

NONG berkata...

Ya Illie..oruol banar ot ginawo ong otigagan berita irad keti.Ong yapa ku bo Illie..aso nokelo minatai ino.Kemot po dit minsasarap tu aso no ginawo. Saya betul2 tak dapat bayangkan saat ayah menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat berjumpa sesiapa lebih2 lagi di antara kami anak2nya..
O'on ku po bo ong mewiliu sinumakit tu kosodia ot ginawo daton menerima hakikat.Iti,ugu d minsosodoi mapanau po om,milom minatai no dit susuab.,Oruol banat ginawo.Sukar menerima pemergian sebegitu..Nga saya tidak mempertikaikan kematian ayah kerana dia seperti sudah tahu giliran dia sudah tiba..
"Ong yoku..engin oku tad matai oku e.Amu oku kasangup miwiliu sumakit tu menansara nopo tanak sawo ku momiara dogo..." Inilah ungkapan yang sering ayah ungkapkan sebelum penergiannya untuk selamanya..

Kita yang masih hidup teruskan hidup dengan lebih bererti lagi..Betul kan?

Aldusuni berkata...

amu aparna ginawo ku terasa berdentum ... membaca tongo nopa, tapi bila membaca diti tulisan nu irasaan ku ..ginawo nu waktu ko tulis. cadangan ku atagon nu dot cerpin tulisan nu ditiii

NONG berkata...

Nazri Aldusuni..
memang waro niat ku monulis cerpen pasal kisah diti malah notimpunan ku no nga...elaan nu? Saya seperti hilang kekuatan untuk meneruskannya..Air mata pasti akan gugur ketika mencoretkannya..terlalu sukar untuk menggambarkan perasaan ketika itu.Apa pun saya akan gagahkan diri juga..TQ

Aldusuni berkata...

buatlah ... ketika air mata mu gugur ituklah kekuatan sebenarnya.. sya pasti ogumu tulun atantag ot ginawo ...