TEMAN2 3HERO

Isnin, 12 Januari 2009

...HUJAN OH HUJAN!...

Pagi ini saya bangun jam 5.30 am..
Seperti biasa menyediakan sarapan untuk My3 Hero..Tepat jam 6 saya kejutkan My3 Hero untuk bersiap2 pergi ke sekolah.Aduui...hujan turun lagi.

Keadaan sesak di depan SKM.Kota Marudu.Jem betul jalan ni lebih2 lagi musim hujan begini, sejuk2 pun boleh berpeluh juga o..Kelihatan ada segelintir pelajar sekolah sanggup berhujan semata2 untuk menuntut ilmu.."Macam manalah kamu belajar kalau basah kuyup.." Hati kecilku berkata.
Jam sudah menunjukkan 6.40 am,keadaan sekeliling masih gelap ..Semua kenderaan memasang lampu untuk keselamatan.Saya menghantar My3 Hero kesekolah di SK.Kota Marudu II melalui jalan Korongkom...My3 hero pakai payung BN beb..hehehee. payung kenangan masa kempen PRU ke-13 tahun lalu.Berguna juga time2 hujan begini..

Oh ya..bercakap tentang hujan ni kan kalau terlampau hujan sudah tidak juga best o kan.. air pun jadi milo.Tinggal tambah gula.Terpaksa beli air mineral d kedai untuk minum.Kalau hujan turun lebat tak henti dan banjir..nah!memang air pun tiada tu.

Kan bagus kalau selang seli hujan dan panas..."Inilah ba kalau urang..aso piukakaban ka d omogun.Alasu nga komenon.dumarun nga lebih po.."
Namun sesungguhnya sesuatu kejadian alam ada hikmah disebaliknya..Percayalah.

"ASO MALIB KINORINGAN"

4 ulasan:

tompinai berkata...

macam sama saja title ni, apa boleh buat kalau hujan nak turun sudah, semuanya ada kebaikan.

ZAMAN berkata...

Aku paling suka hujan, tapi time cuti la, sebab boleh sambung tidur, aku dulu masa sekolah, ada sorang minah baru pindah kat kelas aku , comel juga, masa tu kalau hujan ke , ribut ke aku tetap pergi sekolah, pasal rugi sehari kalau tak tengok muka dia.

NONG berkata...

Hahaaa...lucu pula.Ibarat "Lautan api sanggup u renangilah ni kan.." :)
mana sudah tu minah sekarang ?

ZAMAN berkata...

Itu cerita dulu, sebenarnya aku je syok sorang dia tak ada ape-ape pun, lepas tamat sekolah, masing-masing sambung belajar,dah tak jumpa sampai sekarang, kalau jumpa pun mungkin tak kenal.