TEMAN2 3HERO

Jumaat, 26 Jun 2009

KENAPA!!!!!!....




Hari ini saya berbual panjang bersama suami berhubung SAM. Bagaimana suami menerima SMS luahan dari Ketua Editor SAM iaitu Sanguru yang mengatakan bahawa ada sesetengah pihak ini cuba menabur kata kononnya Sanguru mempergunakan SAM dan ahli2 SAM sebagai platform untuk 'naik' dan menonjolkan diri ditengah2 masyarakat Kota Marudu. Menapa mesti ada tanggapan BURUK sedemikian?

Kewujudan SAM melalui dunia maya bukan suatu perkara mudah untuk dilakukan. Mencari dan mengumpul sejumlah penulis maya bukan seperti memunggut susu getah. Dan kami amat bersyukur dengan kelahiran SAM ini di mana kesemua penulisnya mempunyai persamaan jiwa dan minda dalam mengutarakan sebarang perkongsian dalam SAM.

Secara peribadi saya sangat kecewa bila cerita2 seperti ini ditabur. Apa lagi Sanguru yang empunya diri,hati dan jiwa yang diperkatakan sedemikian.
Selama saya kenal Sanguru sejak dari sekolah menengah di SMK.Tandek tahun 1995/96, ditambah lagi dengan pertalian keluarga dari keturunan yang sama, Sanguru bukan seorang yang suka mengampu seperti sesetengah orang demi kepentingan sendiri.Saya kenal Sanguru sudah lama dan kenal dengan peribadi beliau.Kalau ada kesilapan pun itu lumrah manusia yang tidak sempurna. Saya pun tidak sempurna, justeru jangan jadikan alasan tidak sempurna itu untuk sengaja memburukkan imej orang lain. Tidak baik!.

Dan jika sekiranya suatu hari nanti Sanguru ada rezeki untuk menjadi pemimpin Tandek/Kota Marudu, saya sebagai ahli SAM tidak akan teragak2 untuk memberikan sokongan padu dan jitu pada Sanguru kerana kepimpinan yang terlihat dan terasa oleh naluri. Bukan semua orang mampu melakukan seperti yang Sanguru lakukan. Dan saya tidak perlu canang apa yang Sanguru telah lakukan kerana Tuhan dan mata masyarakat nampak hakikat itu.

Kepada pihak2 berkenaan yang berniat untuk memecah belahkan kekukuhan SAM, jangan buat kerja tiada maruah. Kita sepatutnya saling sokong menyokong. Jangan seperti talam dua muka. Jangan seperti lidah ular.

Dan untuk pengetahuan semua, kewujudan dan pergerakan SAM tidak dibiayai oleh mana2 pihak. SAM berdiri di atas kaki sendiri dan guna duit sendiri. SAM tidak dibayar gaji oleh mana2 pihak...kalau duduk kedai kopi pun paling2 Sanguru juga yang kena belasah membayar makan minum.Kalau Nazri dan Dinakan balik KM pun kena belasah juga...hehehe
Ada sesiapa di luar sana sanggup buat sedemikian? TIADA ba!!!...

Keunikan SAM yang mempunyai penulis dari pelbagai lapisan manusia tidak mungkin runtuh hanya dengan sebaran cerita tidak tentu.
Dan syukur kepada TUHAN kerana sentiasa memimpin perjalanan SAM dengan penuh berkat.
Setakat ini kemana kaki saya melangkah, pasti ada yang bertanyakan tentang SAM dan menarik minat mereka untuk membina dunia maya..TAHNIAH SAM!!.

Kepada rakan2 SAM yang saya hormati dan kasihi, kita jangan sesekali termakan cerita2 yang ditebur oleh mana2 pihak. Mereka sebenarnya mahu SAM berkecai. Ingatlah bahawa segala kesukaran dan keriangan yang kita tempuhi dalam SAM tidak akan kita temui di mana2 selepas ini. Kita dan SAM adalah SUARA KEPADA RAKYAT Kota Marudu. JAMBATAN rakyat Kota Marudu.

5 ulasan:

TanakGouton berkata...

Susahlah kalau sikit2 pun DENGKI.
Sepatutnya warga Kota Marudu bersatu. Jangan tamak.nanti sendiri yang rugi.

aranam berkata...

Nong,
Yang layak menjadi pemimpin memang wajar berada di atas. Kalau terus di bawah, rugilah. Bukan sedikit rugi yang terpaksa ditanggung tetapi banyak. Bukan sedikit orang yang terpaksa menanggung rugi tetapi ramai.
Sabarlah dalam menghadapi dugaan.

LeTtY berkata...

Orang yang berfikiran negative baitu Nong.

NONG berkata...

Tanak Gouton,
thanks atas lawatan ke sulap ini.
Betul tu,sikap suka dengki ni kalau tidak dihauskan,sangat2 merugikan.

Aranam,
Salam setiakawan maya.thanks sudi bertandang kemari dan meninggalkan jejak yang begitu cantik bahasanya.
Memang satu kerugian besar bila yang layak menjadi pemimpin tidak dilihat sebelah mata pun..

Letty,
Ya..memang orang yang berfikiran negatif dan numbur 1 DANGKI ba tu..hehe..Orang2 sebegini inda patut dilayan.Kasi biar ja sampai puas.

Lintagu berkata...

Nong,
Pendengki selalu rugi...
Mana yang baik n bermanfaat untuk manusia, teruskan saja...Saya sokong!