TEMAN2 3HERO

Selasa, 26 Mei 2009

JUARA PERTANDINGAN BINA BADAN SK.KOTA MARUDU II



Tak sangka betul saya hari ni yang hero ke-3 kami ni ELVER ELMER akan menjadi johan dalam pertandingan bina badan Sk.Kota Marudu II sempena dengan Sambutan Hari Guru sekolah tersebut.Saya diberitahu oleh suami melalui telefon kerana hari ini saya seharian berada di Dewan Komuniti Kota Marudu untuk menghadiri Bengkel e-RT (Rukun Tetangga) bagi mewakili KRT Kg.Salimandut.
Baby(Elver) telah menewaskan semua pencabarnya dari tahap 1 & tahap 2 termasuk abang sulungnya.
Keluar air mata saya bila mendengar berita gembira ini.Saya kesal kerana tidak dapat menyaksikan Baby dalam pertandingan itu.Selalunya saya akan hadir setiap kali ada program mereka di sekolah.
Cikgu Baby berkata, walaupun Baby kurus tetapi keseriusannya dalam menampilkan gaya dan persembahan sangat baik dengan berani menarik perhatian.
TAHNIAH MY 3 HERO'S,
Sementara di abang dan si adik ikut pertandingan, si hero ke-2 hanya memerhati dari bawah sebagai penyokong dan penyorak.
LOVE YOU MY3 HERO

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah elver.. dah besar nnt boleh masuk sukan bina badan!!

AZIZAN & HAFIZAH berkata...

nak jemput u join affiliate kami..free aje.letak la iklan kat blog.kalau org beli, dpt komisen.http//www.jombinabadan.com