TEMAN2 3HERO

Isnin, 11 Mei 2009

28 APRIL 2009

Mungkin posting saya kali ini agak berlainan sedikit namun saya ingin berkongsi cerita ini dengan kalian semua..
Pada 28 APRIL 2009 yang lalu merupakan hari yang saya tak mungkin akan lupakan untuk selamanya.
Pada tarikh itu merupakan hari pemergian Bapa Mertua saya untuk selamanya di Kg.Taginambur Kota Belud dan tarikh 28 APRIL itu juga merupakan HARIJADI saya yang
ke-30.
Bermula tahun depan, saya akan meraihkan ulangtahun kelahiran saya sendiri dan juga ulangtahun kematian bapa mertua saya..Saya tidak akan megulas panjang tentang perkara ini kerana kesedihan masih lagi menapak didasar hati.
Terima kasih kepada semua rakan2 yang mengucapkan takziah.Thanks juga untuk sepupu merangkap anak buah saya iaitu Dr.Nellson Maisin yang meluangkan masa untuk menziarah pada ketika itu.Juga untuk semua keluagra saya,mama,abang dan adik saya yang sanggup datang jauh dari Kota Marudu walaupun lewat malam untuk memberikan penghormatan terakhir pada bapa mertua saya..Thanks juga kepada semua rakan2 SAMhttp://marudubloggers.blogspot.com yang mengirim sms ucapan takziah, Ketua Pemuda UMNO P.168 Kota Marudu dan semua yang datang.Semoga kita semua dirahmati TUHAN yang Esa.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

HAPPY BIRTHDAY TO ME

3 ulasan:

Kay berkata...

nong

pertama takziah. baru sa baca entry ko ni.

kedua. selamat hari jadi, semoga sentiasa beroleh berkat dariNYA.

aranam berkata...

Nong,
Dua tiga kali saya mencuba untuk mencatat komen di sini.

Sama seperti Kay...takziah dan semoga kuat dan tabah mendepani hari ini dan hari esok.

Juga, Selamat Hari Ulang Tahun untukmu. Tiga dekad usia, moga bahagia dan gembira di samping keluarga tercinta.

:)

NONG berkata...

Kay,
TQ atas kunjungan juga ucapan takziah dan happy b'day to me.
God Bless you too :)

Aranam,
TQ atas kunjungan juga ucapan hari lahir & takziah.
Tuhan memberkati Aranam juga sekeluarga.:)