TEMAN2 3HERO

Sabtu, 3 Januari 2009

KELUKAAN SEORANG AKU

Di puncak bukit
Ku telusuri misteri
Batu-batu cadas dan duri yang terserak
Adalah permaidani langkahku
Dilembah seribu mimpi
Kupeluk angan-angan
Menatapi cinta yang bebas terbang
Ke angkasa ke langit biru....

Bukit dan batu kapur
Lembah dan bunga duri
Adalah lantai
Adalah dinding
Cinta pengembara yang tiada

Dihujung dunia
Siapakah yang menangkap cintaku
Kala aku pasrah dalam penantian?
Siapakah yang memeluk dukaku
Kala aku rebah dalam kesendirian?
....Jawabnya adalah aku....


Hak Cipta Mutlak;
Justina Tuyundo

3 ulasan:

Yu$ berkata...

cute cute pula ni hero3 kau ar. Gud 4 u. Selamat tahun baru dan memblog ki. :) o, makasih ki tu sinumuang ko sid blog ku it taraaraat om. hehe

nong_Justina T berkata...

Makasih juga tu sinumuang ko e id blog ku... Masuk lagi d blog saya "salimandut villa" bo. hehehe...:)

Srixon berkata...

salam perkenalan dari saya srixon KM suka baca blog ko nie teruskan usaha murni saudari itu