TERANGKAI KALUNGAN BUDI, TERSIMPAI KENANGAN SUCI. KEMERDUAN NYANYIAN LAGU PUISI, SEINDAH SUARA KEHIDUPAN, MENGIRINGI GERAK USIA 3 HEROES.
TEMAN2 3HERO
Sabtu, 19 September 2009
Khamis, 17 September 2009
GAMBAR IKAN KELI GERGASI PENGHUNI BARU TASIK KENYIR

Spesies ikan keli gergasi 'Mekong Giant Catfish' dari Laos akan dibiakkan di Tasik Kenyir tidak lama lagi, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Ikan yang boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram seekor itu bakal dilepaskan di tasik itu semasa pertandingan membabitkan sebuah persatuan memancing dari China mulai 2 hingga 6 Oktober ini.
Beliau berkata, spesies ikan lain antaranya toman dan lampam akan turut dilepaskan melalui peruntukan pertandingan yang berjumlah RM400,000.
"Kita mahu orang tahu di Tasik Kenyir ada banyak jenis ikan yang membolehkan mereka menjadikan tempat itu sebagai lokasi menarik untuk memancing," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini semalam.
Selasa, 25 Ogos 2009
ATASI TIDUR BERDENGKUR
BAGI mereka yang tidur berdengkur, eloklah mengamalkan minum segelas susu suam yang dicampurkan dengan serbuk badam. Amalkan selalu, dengan izin Tuhan, tiada lagi rungutan dari pasangan anda. Tidur anda pun akan lebih lena dan keesokan paginya anda akan berasa lebih cergas dan bersemangat apabila bangun dari tidur.
KEMBALIKAN KILAUAN EMAS
BARANG kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan kilauan emasnya, cuba ikuti petua ini. Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi dan rendamkan barang kemas berkenaan selama setengah jam. Selepas itu, keluarkan barang kemas itu dan berus dengan berus gigi yang terpakai. Barang kemas dari Perak juga boleh kita kembalikan kemilaunya denga cara ini.
Hasilnya barang kemas anda akan kelihatan baru. 
UBAT TUMIT PECAH
ADA orang yang tidak tahan berjalan di atas permukaan kasar, bahagian tumitnya akan pecah-pecah. Petua yang paling mujarab ialah menggunakan buah mengkudu. Potong sedikit buah mengkudu yang sudah masak, gosokkan beberapa ketika pada bahagian tumit atau jari kaki yang pecah dan luka. Dengan izin Tuhan, ia akan segera sembuh. Selain baik untuk mengubati tumit pecah dan luka, buah mengkudu jugak elok disapukan pada kulit kaki yang bersisik.
MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL
PERAH sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolestrol tinggi. Kesannya akan dapat dirasai dalam kadar yang segera. Ia juga dapat menghilangkan pemebentukan selulit.
MUDAH TIDUR
RAMAI orang yang sukar hendak tidur malam disebabkan stres, badan terlalu penat dan cuaca panas. Setakat ini belum ada kaedah khusus untuk memebuatkan anda mudah tidur. Tetapi dengan mengamalkan beberapa petua orang dulu-dulu, mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Caranya ialah dengan minum air rendaman atau perahan ketumbar yang dicampurkan susu lembu asli beberapa jam sebelum masuk tidur. Ada juga yang mengamalkan meminum susu suam. Satu lagi caranya ialah makan bawang besar bersama yogurt/dadih putih, ia dikatakan mempercepatkan anda lena.
Langgan:
Catatan (Atom)