TEMAN2 3HERO

Memaparkan catatan dengan label catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan. Papar semua catatan

Rabu, 1 Julai 2009

HIDUP ADALAH PERJUANGAN..


Hidup adalah sebuah kesempatan, manfaatkan
Hidup adalah sebuah keindahan, kagumi
Hidup adalah kebahagiaan, rasakan
Hidup adalah impian, realisasikan
Hidup adalah tantangan, temui
Hidup adalah kewajiban, penuhi
Hidup adalah pekerjaan, laksanakan
Hidup adalah mahal, sayangi
Hidup adalah kekayaan, lindungi
Hidup adalah cinta, miliki
Hidup adalah misteri, kenali
Hidup adalah janji, tepati
Hidup adalah kesusahan, atasi
Hidup adalah nyanyian, lagukan
Hidup adalah perjuangan, terima
Hidup adalah tragedi, hadapi
Hidup adalah petualangan, beranikan diri
Hidup adalah keberuntungan, dapatkan
Hidup adalah sangat mulia, jangan dibinasakan
Hidup adalah hidup, perjuangkan

SEKADAR RENUNGAN


Secebis kasih
membuatkan kita sayang..
Seucap janji
membuatkan kita percaya..
Sekecil luka
membuatkan kita kecewa..
T.E.T.A.P.I
Sebuah persahabatan
selamanya bermakna...

SEKADAR CATATAN...



irama dan lagu
yang tercipta
mengiringi langkah dansa....
indahnya duniaku
dihembus sang bayu..

ANGGUNNYA KITA




Seri yang kelihatan di mata
tidak mampu menandingi
sinar yang terbit di hati

Jumaat, 26 Jun 2009

FRUSTNYA AKU!!!..

( AJK Unduk Ngadau & Gala Nite KM '09)

( DO & Aku)


Sepatutnya hari ini aku ke Lembah Danum,Lahad Datu untuk mengikuti lawatan AJK Gala Nite dan Unduk Ngadau Daerah Kota Marudu 2009 bersama-sama dengan DO dan ajk2 lain tetapi aku FRUST!!!!...Aku tak dapat turut serta dalam siri lawatan ini. Ini kerana suami terlibat dengan perkhemahan Kokurikulum sekolah yang akan dirasmikan oleh YB.Datuk Dr.Maximus J Ongkili pada ahad ini bertempat di SMK.Kota Marudu.
Gala Nite Negeri pun aku terlepas peluang kerana kebetulan anak bongsu demam. Kali ini pula suami komitmen dengan program sekolah menyebabkan aku terpaksa menarik diri dari lawatan ini.Tiada piara my3hero...ditambah lagi secara kebetulan suami pula demam panas. Bayangkan kalau aku pergi ikut lawatan itu dalam keadaan begini.Apa jadi dengan anak2? Suami pula sibuka + demam..tak dapat ku bayangkan.

Anyway..aku sudah mengirimkan SMS kepada DO dan geng2 semua minta maaf kerana tak dapat join keriangan bersama di sana.
Ok, frenz..enjoy your self. Jangan lupa tangkap gambar banyak2.

Isnin, 15 Jun 2009

KE KK


(senyum selalu)

Mulakan hari2 kita dengan senyuman kerana senyuman adalah pembawa rezeki dan ketenangan pada kita.

Pagi ini saya akan turun ke KK untuk menemani mama saya ke hari Konvo KPLI adik saya Cikgu Juani esok di Sutera Harbour. Terpaksa tinggalkan anak2 dan suami di rumah.
Kepada semua teman2 dan pengunjung My3 Hero, jangan pernah letih untuk berkujung ke laman ini.Esok malam saya sudah ada di sini.

SELAMAT BERBLOG SEMUA!

Sabtu, 13 Jun 2009

HADIAH TERBAIK..


Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

Jumaat, 10 April 2009

ADUUI..PENING + BINGUNG

Aduuuuuui....
Big sory kawan2. Kesibukan yang teramat sangat membatasi waktu saya untuk mengurus rumah ini.
Ini baru rumah di alam maya.Kalau yang rumah betul2 ni,ai..ai..ai.. kendorosi babanar mari kiobo.siti silo nopo sinupot.modudurun po dot tanak nga kusai kiawi,alamas oku nopo.
Aik?...malayu dalam sudah ini bahasa saya ni o.
apa pun,saya berharap rakan2 semua inda jemu berkunjung ke rumah ini walaupun tuan rumah jarang2 ada..:)