Spesies ikan keli gergasi 'Mekong Giant Catfish' dari Laos akan dibiakkan di Tasik Kenyir tidak lama lagi, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Ikan yang boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram seekor itu bakal dilepaskan di tasik itu semasa pertandingan membabitkan sebuah persatuan memancing dari China mulai 2 hingga 6 Oktober ini.
Beliau berkata, spesies ikan lain antaranya toman dan lampam akan turut dilepaskan melalui peruntukan pertandingan yang berjumlah RM400,000.
"Kita mahu orang tahu di Tasik Kenyir ada banyak jenis ikan yang membolehkan mereka menjadikan tempat itu sebagai lokasi menarik untuk memancing," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini semalam.
1 ulasan:
kalau panggang untuk kenduri kawin pun ckup jga ni o...hahaha
Catat Ulasan