TEMAN2 3HERO

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti my3hero. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti my3hero. Papar semua catatan

Rabu, 1 Jun 2011

3HEROES DAN BAPA DI TAGIBANG

3heroes dan bapa di sk.tagibang, kota marudu 27-30 mei 2011


Isnin, 8 Jun 2009

3 HERO AKTIVITI BERGAYA



Abang tak sempat pakai bajunya..:)



bergaya dengan baju melayu yang baru dijahit oleh kakak ipar aku (mama kepada budak baju coklat) tu.

CAYANG MY3 HERO

Rabu, 27 Mei 2009

WAJAH2 3 HERO DI SEKOLAH

BABY & HADIAHNYA



MY3 HERO YANG HEBAT
MUM & DAD LOVE YOU ALL MY SON


Selasa, 26 Mei 2009

JUARA PERTANDINGAN BINA BADAN SK.KOTA MARUDU II



Tak sangka betul saya hari ni yang hero ke-3 kami ni ELVER ELMER akan menjadi johan dalam pertandingan bina badan Sk.Kota Marudu II sempena dengan Sambutan Hari Guru sekolah tersebut.Saya diberitahu oleh suami melalui telefon kerana hari ini saya seharian berada di Dewan Komuniti Kota Marudu untuk menghadiri Bengkel e-RT (Rukun Tetangga) bagi mewakili KRT Kg.Salimandut.
Baby(Elver) telah menewaskan semua pencabarnya dari tahap 1 & tahap 2 termasuk abang sulungnya.
Keluar air mata saya bila mendengar berita gembira ini.Saya kesal kerana tidak dapat menyaksikan Baby dalam pertandingan itu.Selalunya saya akan hadir setiap kali ada program mereka di sekolah.
Cikgu Baby berkata, walaupun Baby kurus tetapi keseriusannya dalam menampilkan gaya dan persembahan sangat baik dengan berani menarik perhatian.
TAHNIAH MY 3 HERO'S,
Sementara di abang dan si adik ikut pertandingan, si hero ke-2 hanya memerhati dari bawah sebagai penyokong dan penyorak.
LOVE YOU MY3 HERO

Rabu, 13 Mei 2009

MALAM SUGANDOI KAAMATAN




Pada 9hb malam,saya dan suami mengajak 3hero berjalan2 disekitar padang sambil menonton pertandingan sugandoi kaamatan yang diadakan di dewan.
Terdapat artis jemputan seperti Marsha,Candy dan Zanah.
Tak lama sangat 3hero bertahan.Mereka minta hantar pulang.Mereka kata mereka lebih selesa berada dirumah sambil menonton tv dan main game.
love you all my 3hero

Selasa, 12 Mei 2009

3 HERO & BERET KOMANDO



Kepulangan adik saya dimanfaatkan sebaiknya oleh 3 Hero untuk beraksi dengan memakai beret hijau paksik mereka..
Ada wajah komando juga ka? tengok rupa memang ada.Harap2 semangat sekental pakcik mereka...hehehee


Sabtu, 25 April 2009

3 HERO DI KAMPUNG SALIMANDUT



KELMARIN PETANG KAMI BALIK KAMPUNG UNTUK SEDIKIT PERBINCANGAN TENTANG PERKEMBANGAN PESTA KAAMATAN.
KESEMPATAN ITU DIAMBIL OLEH 3 HERO MENGAMBIL GAMBAR DENGAN BERLATAR BELAKANGKAN MERCU TANDA SALIMANDUT.

Rabu, 18 Mac 2009

JALAN2 CUCI MATA





Sabtu lepas, saya dan hubby bawa 3 hero kami jalan2 di KK. Sambil2 saya pergi ambil tiket saya.
Sempat juga ambil gambar.
My hubby & 3 hero jadi tumpuan orang ramai kerana memakai pakaian yang sama warna. :)




Selasa, 17 Mac 2009

MAKAN TARAP



Aktiviti makan tarap oleh my3 hero.
Tarap ini aku beli dari tamu Pekan Tandek. 2 biji RM3 saja.



Khamis, 12 Mac 2009

Ahad, 1 Mac 2009

3 HERO MENYERANG ACS DR.NELLSON




Kelmarin (Jumaat) 28 FEB 2009, kami sekeluarga balik KB melawat mentua saya. Kesempatan ini juga kami berjumpa dengan Dr.Nellson Maisin di Klinik beliau ACS untuk mendapatkan rawatan dan nasihat kesihatan.
Yuu..macam kena serang pengganas itu ACS dikerjakan oleh my 3 hero. Oguriok nopo bo. Tak kering gusi itu staff c Dr.Ison dengan kerenah 3 hero ni.
Apa pun, tidak rugi mendapatkan perkhidmatan rawatan dari doktor yang sebangsa dengan kita lebih2 lagi datang dari keluarga sendiri. Tanyalah tentang kemusykilan sakit yang dihidapi dengan Dr.Ison kita ni. Memang dia kasi faham itu sampai kita faham..dan yang paling penting dengar nasihat doriso dia bilang. Kalau tidak, dia kasi tujok pakai jarum..hahahaa :)
To Dr.Nellson, thanks very much and all the best to you. GOD bless you and your family.