TEMAN2 3HERO

Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2009

TELITI ITU PENTING

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

"Dalam perubatan, ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor," kata pensyarah itu.

"Pertama..kamu semua tidak boleh merasa jijik melihat mayat," katanya. Sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jari ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jari itu.

"Sekarang, cuba kamu buat," kata pensyarah itu.

Seepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke dalam mulut mayat kemudian menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata..

"Kualiti kedua yang sangat penting ialah pemerhatian yang tajam, seperti tadi saya masukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk..."

SEKARANG....TUMPUKAH PERHATIAN...PA'AM!!!!!..

Nota: Dr.Ison, ko inda nokoti'im kaini? hahaa tandayai ot monila kie.ALAMAS!!! :)

Ahad, 15 Februari 2009

HARI YANG MALANG

Borhan menghampiri Jefri yang sedang duduk termenung. Kelihatan ada segelas air di sisi Jefri, lantas Borhan meneguknya hingga habis. Jefri terkejut lalu menangis.

Borhan : Hei..kenapa kau tiba2 menangis ni o? Nanti aku belikan kau minuman yang lain.
Jefri : Kau tidak tahu Borhan, hari ini hari yang paling malang dalam hidup aku. Pertama, masa
di pejabat tadi bos marah dan aku dipecat. Masa nak balik, kereta pula kena curi. Lepas
itu dompet dan kad kredit pula tertinggal dalam teksi. Sampai rumah, aku dapat tahu
isteri aku tidur dengan tukang kebun. Aku larikan diri. Aku sudah tidak mahu hidup lagi
Borhan. Tapi..
Borhan : Tapi apa Jefri?
Jefri : Kau dah habiskan racun yang aku bawa ini..
Borhan : Hah??!!!!....

Saya sebenarnya banyak koleksi cerita2 lucu ni tapi tak pernah terfikir untuk posting dan kongsikan bersama. Setelah saya masuk blog c Furen Laoshi dan baca banyak entry dia yang lucu mencuit hati, saya pun postlah cerita ni. Untuk kita ketawa2 bersama bo. Supaya inda ALAMAS...hehee