TEMAN2 3HERO

Jumaat, 26 Jun 2009

FRUSTNYA AKU!!!..

( AJK Unduk Ngadau & Gala Nite KM '09)

( DO & Aku)


Sepatutnya hari ini aku ke Lembah Danum,Lahad Datu untuk mengikuti lawatan AJK Gala Nite dan Unduk Ngadau Daerah Kota Marudu 2009 bersama-sama dengan DO dan ajk2 lain tetapi aku FRUST!!!!...Aku tak dapat turut serta dalam siri lawatan ini. Ini kerana suami terlibat dengan perkhemahan Kokurikulum sekolah yang akan dirasmikan oleh YB.Datuk Dr.Maximus J Ongkili pada ahad ini bertempat di SMK.Kota Marudu.
Gala Nite Negeri pun aku terlepas peluang kerana kebetulan anak bongsu demam. Kali ini pula suami komitmen dengan program sekolah menyebabkan aku terpaksa menarik diri dari lawatan ini.Tiada piara my3hero...ditambah lagi secara kebetulan suami pula demam panas. Bayangkan kalau aku pergi ikut lawatan itu dalam keadaan begini.Apa jadi dengan anak2? Suami pula sibuka + demam..tak dapat ku bayangkan.

Anyway..aku sudah mengirimkan SMS kepada DO dan geng2 semua minta maaf kerana tak dapat join keriangan bersama di sana.
Ok, frenz..enjoy your self. Jangan lupa tangkap gambar banyak2.

KENAPA!!!!!!....




Hari ini saya berbual panjang bersama suami berhubung SAM. Bagaimana suami menerima SMS luahan dari Ketua Editor SAM iaitu Sanguru yang mengatakan bahawa ada sesetengah pihak ini cuba menabur kata kononnya Sanguru mempergunakan SAM dan ahli2 SAM sebagai platform untuk 'naik' dan menonjolkan diri ditengah2 masyarakat Kota Marudu. Menapa mesti ada tanggapan BURUK sedemikian?

Kewujudan SAM melalui dunia maya bukan suatu perkara mudah untuk dilakukan. Mencari dan mengumpul sejumlah penulis maya bukan seperti memunggut susu getah. Dan kami amat bersyukur dengan kelahiran SAM ini di mana kesemua penulisnya mempunyai persamaan jiwa dan minda dalam mengutarakan sebarang perkongsian dalam SAM.

Secara peribadi saya sangat kecewa bila cerita2 seperti ini ditabur. Apa lagi Sanguru yang empunya diri,hati dan jiwa yang diperkatakan sedemikian.
Selama saya kenal Sanguru sejak dari sekolah menengah di SMK.Tandek tahun 1995/96, ditambah lagi dengan pertalian keluarga dari keturunan yang sama, Sanguru bukan seorang yang suka mengampu seperti sesetengah orang demi kepentingan sendiri.Saya kenal Sanguru sudah lama dan kenal dengan peribadi beliau.Kalau ada kesilapan pun itu lumrah manusia yang tidak sempurna. Saya pun tidak sempurna, justeru jangan jadikan alasan tidak sempurna itu untuk sengaja memburukkan imej orang lain. Tidak baik!.

Dan jika sekiranya suatu hari nanti Sanguru ada rezeki untuk menjadi pemimpin Tandek/Kota Marudu, saya sebagai ahli SAM tidak akan teragak2 untuk memberikan sokongan padu dan jitu pada Sanguru kerana kepimpinan yang terlihat dan terasa oleh naluri. Bukan semua orang mampu melakukan seperti yang Sanguru lakukan. Dan saya tidak perlu canang apa yang Sanguru telah lakukan kerana Tuhan dan mata masyarakat nampak hakikat itu.

Kepada pihak2 berkenaan yang berniat untuk memecah belahkan kekukuhan SAM, jangan buat kerja tiada maruah. Kita sepatutnya saling sokong menyokong. Jangan seperti talam dua muka. Jangan seperti lidah ular.

Dan untuk pengetahuan semua, kewujudan dan pergerakan SAM tidak dibiayai oleh mana2 pihak. SAM berdiri di atas kaki sendiri dan guna duit sendiri. SAM tidak dibayar gaji oleh mana2 pihak...kalau duduk kedai kopi pun paling2 Sanguru juga yang kena belasah membayar makan minum.Kalau Nazri dan Dinakan balik KM pun kena belasah juga...hehehe
Ada sesiapa di luar sana sanggup buat sedemikian? TIADA ba!!!...

Keunikan SAM yang mempunyai penulis dari pelbagai lapisan manusia tidak mungkin runtuh hanya dengan sebaran cerita tidak tentu.
Dan syukur kepada TUHAN kerana sentiasa memimpin perjalanan SAM dengan penuh berkat.
Setakat ini kemana kaki saya melangkah, pasti ada yang bertanyakan tentang SAM dan menarik minat mereka untuk membina dunia maya..TAHNIAH SAM!!.

Kepada rakan2 SAM yang saya hormati dan kasihi, kita jangan sesekali termakan cerita2 yang ditebur oleh mana2 pihak. Mereka sebenarnya mahu SAM berkecai. Ingatlah bahawa segala kesukaran dan keriangan yang kita tempuhi dalam SAM tidak akan kita temui di mana2 selepas ini. Kita dan SAM adalah SUARA KEPADA RAKYAT Kota Marudu. JAMBATAN rakyat Kota Marudu.

Khamis, 25 Jun 2009



AIR MATA LELAKI







Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.

Rabu, 24 Jun 2009

GAMBAR 3HERO DULU-DULU...





AWARD UNTUK 3HERO..

Award penghargaan dari sahabat maya melalui email.
THANKS friend.

TIPS MEMBANTU PASANGAN UNTUK HAMIL



Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata? Anda mungkin pernah mendengar perbagai andaian mengenai perkara ini. Ada yang menyarankan kedudukan yang betul ketika perhubungan badan. Ada juga minta wanita mengatur jadual mengikut kedatangan haid dan pelbagai lagi cara yang di anjurkan bagi meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Terutama kepada pasangan yang sudah agak lama berumahtangga tapi belum mendapatkan cahaya mata.

Tetapi adakah apa yang dianjurkan itu semua betul dan tepat? Sebelum mencuba segala petua yang anda dengar itu, sebaik-baiknya, ketahui dahulu bagaimana proses kehamilan itu terjadi.

Beberapa Tip untuk Hamil

Pilih Waktu Terbaik
Perkara terpenting adalah mengetahui waktu paling baik untuk terjadinya pembuahan bagi seorang wanita. Waktu terbaik adalah ketika masa subur atau waktu ovulasi.

Anda boleh mengetahui waktu subur ini melalui kelendar kedatangan haid anda. Atau boleh ke klinik wanita untuk meminta saranan mengenai perkiraan waktu subur anda.

Yang Perlu diberi perhatian adalah telur yang matang hanya hidup 24 jam sementara sperma hidup 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu melakukan hubungan seksual sebelum waktu ovulasi atau pembuahan lebih baik bagi meningkatkan kehamilan daripada sehari atau dua hari selepas waktu pembuahan.

Kedudukan hubungan seksual
Kedudukan atau posisi seks yang dianjurkan untuk meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan adalah lelaki di atas dan wanita di bawah.

Frekunsi Hubungan Seksual
Frekunsi atau beberapa kerap mahu melakukan hubungan seksual bergantung kepada pasangan itu sendiri. Tiada ada angka khusus yang boleh memastikan beberapa kali seseorang itu harus berhubungan seks bagi mendapatkan kehamilan. Ada wanita yang hamil hanya dengan sekali hubungan sahaja dan ada juga yang memerlukan masa lebih lama baru berjaya hamil. Yang terpenting berapa kerap anda melakukan hubungan seksual pada waktu yang tepat?

Nikmati proses hubungan seksual anda
Kajian menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme (kemuncak), vagina akan membentuk suasana alkaline. Keadaan ini amat di sukai sperma daripada keadaan normal vagina yang berbentuk asam (asid). Jika anda mencapai orgasme pada masa yang bersamaan atau sesaat selepas pasangan anda ejakulasi, maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik lebih meningkat.

Jangan Banyak Bergerak?
Tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa setelah berhubungan seks, wanita yang ingin hamil, tidak boleh bergerak yakni harus tetap di tempat tidur dengan kaki atau punggung dalam kedudukan lebih tinggi. Ini kerana sebenarnya sperma sudah pun berada di dalam servik sebaik sahaja lelaki ejakulasi.

Tidak ada pakar yang tetap menganjurkan agar memberi ruang waktu sebentar untuk sperma berenang ke servik dan menyangga punggung dengan sebiji bantal sepanjang tempoh perhubungan seks.

Yang terpenting juga sewaktu anda membersihkan vagina selepas perhubungan seks, elakkan daripada menggunakan cairan pembersih vagina, kerana cairan pembersih vagina bersifat toksid kepada sperma.

Informasi pada suami
Para suami sebaik-baiknya mengelakkan daripada memakai seluar yang terlalu ketat atau mandi air panas. Perkara ini akan menurunkan kemungkinan kehamilan disebabkan proses penekanan atau panas di daerah testis (pembentuk sperma).

Jaga Kesihatan Anda
Menjaga kesihatan adalah perkara yang penting. Pastikan tubuh anda cukup khasiat dan zat. Ingat bahawa wanita yang sihat akan mudah hamil daripada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan.

Tips-tips yang diberikan ini boleh membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Ingatlah kebanyakan sperma ketika masuk ke saluran dan telur yang matang serta sedia untuk dibuahi. Hanya 30% sahaja yang mempunyai hasil ujian kehamilan positif. Selebihnya 70% lagi walaupun melakukan semua saranan yang diberikan dengan betul, tapi masih belum tentu akan berjaya. Ada pasangan perlu menunggu lebih lama dan mencuba berkali-kali. Sekiranya anda sudah melakukan segalanya selama satu tahun tetapi masih belum hamil, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dari pakar dengan segera.